Archive

Archive for the ‘Aku Insaf!!’ Category

Renungan Ramadhan

August 26, 2011 Leave a comment

Halaqah-Sentuhan kalbu?

(Menangis di akhir Ramadhan-untuk lebih emosi, bacalah monolog ini dengan berlatarkan audio alunan Al quran dari mp3 masing masing…)

Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud cinta dan kini tenang menjamah makanan sahur yang menyelerakan…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan anak beranak demi nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…

Dalam kemeriahan kita berbuka puasa pula, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban demi mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…

Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak sehingga mati kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang turut mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji sehingga terbelah dua atau juga Nabi Yahya a,s yang di pancung kepalanya, semuanya telah terkorban demi kerana ugama!

Sesungguhnya, demi ugama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan terus terkorban dan di korbankan….

Dalam kemeriahan kita semua berbuka puasa, makan bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hayat hidupnya di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula…

Tak lupa juga akan kita yang berbuka dengan roti Khebbab yang enak dan menyelerakan, daging panggang dan roti pital yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya demi kerana ugama…. berkorban dalam mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang…

Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Izinkan untuk aku terus titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana ugama, berkorban dalam mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…

Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah…

Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu.., tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi..

Si anak yang di bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak. Walaupun baru berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan di pisahkan demi semata mata kerana agama Allah.

Malahan si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW.

Allah jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama..

Setelah beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera islam dari luar kota Madinah, Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik tentera islam.

Di sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang, Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya: ingin menyergah ayahnya..maklumlah, Mereka baru belajar erti rindu.

Debu debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan wajah unta yang setia.

Dan debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah bapa bapa mereka. Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam. Bapa mana yang tidak rindu pada anaknya? Anak mana yang tidak gembira bertemu bapanya? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil menangis kesyukuran..

Memuji Nikmat Allah..

Tidak lama kemudian.. sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan. Namun yang terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri sedang melilau mencari ayahnya. Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak datang-datang!. Tidak kunjung tiba!

Ke mana ayah pergi?

Kenapa masih belum pulang?

Dalam debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke arah Basyir bin Abarkah budak berumur 5 tahun itu,

Lalu si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW .

Lantas Basyir bertanya:

Mana ayah ku?.

Lalu Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata.

Si Basyir lantas bergerak kekanan Baginda dan terus bertanya:

“Mana ayah ku?”.

Sekali lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi. Si Basyir tidak berputus asa dan terus bergerak ke kiri Baginda.

“Mana ayah ku?”.

Lalu Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan baginda mengusap rambut Basyir….

“Anak.., Ayah mu telah syahid.”

Air mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya sudah lama lenyap di telan bumi….

Lantas Nabi memujuk: “Mahukah kamu aku menjadi ayahmu? Aisyah menjadi ibumu, dan Fatimah menjadi kakakmu?”…

Dalam kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah dengan darah..

Disini juga biarlah aku ceritakan kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan serta kedaifan, pada suatu hari telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.

Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..

Dalam hidangan berbuka puasa yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Dan ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. Namun, Bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..

Tapi si ibu berkata: “janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!”

Dalam kerehatan kita bertarawaikh, dan sedang menikmati juadah more sejurus lepas solat witir, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang Raja kafir telah menangis sambil berkata: “aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!! ”

Dalam keseronokkan kita membuat persediaan hari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, kerana di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang, di simbah sampah dan di baling batu serta najis..,

Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mengintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beluau menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan diri demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..

Namun hati anak mana yang tahan melihat ayahnya terus menerus di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu…

Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..

Hati mana yang boleh bertahan, lantas di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?

Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:

“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”

Nabi menjawab…

“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”

Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu rumahmu dan pintu hatimu.., kerana mereka hakikatnya sedang menzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.

Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arashy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah, dan kesemua wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!…

Sesengguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Selamat menyambut Lalatul Qadar, Lalilatul Jaizah, dan selamat menyambut Hari raya..

Maaf Zahir dan batin.

Sekian.

******

Hamka KeretaMayat.

(28 Ramadhan 1428H)

Advertisements

(Renungan) Selepas kita mati, apa akan jadi pada akaun Facebook kita?

July 2, 2011 Leave a comment

(Renungan) Selepas kita mati, apa akan jadi pada akaun Facebook kita?

Mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access..   dan   selepas kita mati. Apa yang jadi pada akaun fb kita? Mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. Sedarkah kita gambar-gambar kita.. Akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? Gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?

 

Lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. Walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. Saham dosa terus meningkat..   Macam mana? Pernah terfikir tak? Tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? Legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? Baju yang membalut aurat itu, bagaimana?  Mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya   tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..

 

Cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat. Tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~   jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah mati itu pasti persiapkan diri untuk mati itu perlu..

 

Moga Allah redha dengan perkongsian ini amin~   renung-renungkan da selamat beramal 🙂

 

One Poor African

November 12, 2010 Leave a comment

One poor African says :

“I know poverty because poverty was there before I was born and it has become part of life like the blood through my veins.

Poverty is not going empty for a single day and getting something to eat the next day.

Poverty is going empty with no hope for the future.

Poverty is getting nobody to feel your pain and poverty is when your dreams go in vain because nobody is there to help you.

Poverty is watching your mothers, fathers, brothers and sisters die in pain and in sorrow just because they couldn’t get something to eat.

Poverty is hearing your grandmothers and grandfathers cry out to death to come take them because they are tired of this world.

Poverty is watching your own children and grandchildren die in your arms but there is nothing you can do.

Poverty is watching your children and grandchildren share tears in their deepest sleep.

Poverty is suffering from HIV/AIDS and dying a shameful death but nobody seems to care.

Poverty is when you hide your face and wish nobody could see you just because you feel less than a human being.

Poverty is when you dream of bread and fish you never see in the day light.

Poverty is when people accuse you and prosecute you for no fault of yours but who is there to say some for you?

Poverty is when the hopes of your fathers and grandfathers just vanish within a blink of an eye.

I know poverty and I know poverty just like I know my father’s name.

Poverty never sleeps.

Poverty works all day and night.

Poverty never takes a holiday.”

T.T

This picture is killing me…

Satu gambar membawa seribu cerita………………..

Categories: Aku Insaf!!

Apa Bayi Buat Dalam Perut?

October 4, 2009 Leave a comment

Dipetik dari keretamayat.blogspot.com

(temuramah secara maya)

Sebenarnya ada dua soalan, apa bayi buat dalam perut dan apa korang buat dalam dunia ni… Untuk mengetahui apa yang bayi buat dalam perut, kita tanya seorang ibu (kononnya) yang di beri izin oleh Allah untuk bercakap dengan bayinya….

BERCAKAP DENGAN BAYI:

Ibu: Apa kabar kau?

Bayi: Kabar baik aku.

Ibu: Apa kau buat kat dalam tu?

Bayi: Aku duk pusing2 sambil makan2.

Ibu: Ada apa kat dalam?

Bayi: Tak nampak apa2, gelap tapi nyaman, tidak sejuk dan panas, sambil makan2. Aku selesa di sini.

Ibu: Apa kau makan kat dalam tu?

Bayi: Makanan yang dihantar melalui tali pusat.

Ibu: Oh.. Itu darah haid… Agaknya.

Bayi: Apa itu darah haid?

Ibu: Kalau ibu cakap pun kau bukannya paham..

Bayi: Cakap je lah..

Ibu: Perempuan kalau tidak beranak keluar darah haid, tapi bila dah mengandung darah haid dah takde, Allah tukar jadi makanan bayi.. Ibu rasalah… Agaknya.

Bayi: Tak faham aku..

Ibu: Kang ibu dah cakap….

Bayi: Tapi aku tak sedap hatilah, aku makin hari makin sukar bergerak, ada benda2 tak berguna keluar dari badan aku dan menganggu aku.

Ibu: Patutlah kau duduk terajang-terajang, rupa2nya kau tak bebas bergerak.. Itu adalah tangan dan kaki kau, kau tak perlukan kat dalam tu tapi bila kau keluar kau sangat2 perlukan tangan dan kaki kau tu..

Bayi: Ah taknaklah saya, baik saya gunakan zat tu untuk besarkan tali pusat. Boleh makan banyak sikit.

Ibu: Jangan begitu anakku, bila kau lahir nanti takkan ade doktor boleh cipta kaki untuk kau, kau akan cacat selama-lamanya… Kau tak boleh naik basikal…

Bayi: Basikal tu apa?

Ibu: Itu adalah salah satu nikmat dunia, bila sampai masa nanti kau akan kena keluar dari perut mak, kau akan menangis terkejut…

Bayi: Baiklah mak… Tapi saya tak takut kerana tuhan dah bagitau bila saya keluar nanti ada malaikat jaga saya.

Ibu: Malaikat? Siapa nama malaikat tu…?

Tuhan kata panggilah dia: BONDA.

Tammat…

Sekarang korang ikuti temubual aku bersama makhluk ‘engkau’…

BERCAKAP DENGAN ENGKAU:

Aku: Apa kabar kau?

Engkau: Kabar baik aku.

Aku: Apa kau buat kat dunia ni?

Engkau: Aku duk pusing2 sambil cari makan..

Aku: Apa yang kau makan?

Engkau: Yang halal. Macam2 ada: nasi ayam, nasi itik. Nasi goreng kampong…

Aku: Oh.. Itu makanan dari tanah. Akhirat nanti makan dari khazanah Allah..

Engkau: Apa itu khazanah Allah..

Aku: Kalau aku cakap pun kau bukannya paham..

Engkau: Cakap je lah..

Aku: Khazanah Allah, makan dlm syurga kau niat je terus muncul, macam magik ler…

Engkau: Tak faham aku..

Aku: Kang aku dah cakap….

Engkau: Tapi aku tak sedap hatilah ramai pendakwah ganggu aku, mintak aku bagi masa dengar ceramah, tak bebas aku dibuatnya…

Aku: Patutlah kau lari2, rupa2nya kau rasa tak bebas bergerak. Diorang tu mintak masa supaya akhirat nanti kau tak rugi… Bila kau tak solat, akhirat nanti takde kepala, kau tau?

Engkau: Ye ke ni? Ah taknaklah aku, baik aku gunakan masa tu untuk besarkan pernigaan aku. Boleh makan banyak sikit.

Aku: Janganlah begitu engkau…, bila kau dah jadi mayat nanti takkan ade org boleh tolong kau dalam kubur, padang mahshar, titi sirat… Tak dapat syafaat Nabi.

Engkau: Syafaat tu ape?

Aku: Itu adalah salah satu nikmat akhirat, Nabi bagi kat org yg ikut sunnah dia… Bila sampai masa nanti kau akan akan jadi mayat, baru kau tau… Kau akan menangis terkejut…

Engkau: Ah.. Mulalah nak dakwah aku tu…. Aku sibuklah nak baca blog engkau ni baik aku pergi besar kan ‘tali pusat’ aku….

Sigh out….

Disini solat, puasa, haji memang tak nampak manfaat, tapi korang akan dapat manfaatnya disana, akhirat yang kekal abadi. Macam bayi, dalam rahim tangan, kaki, mana ada manfaat, bila dah beranak kalau cacat, cacat selama-lamanya, tali pusat yang paling sedap dalam perut mak kita jika bagi kat korang sekarang, muntah bueekkk, korang…tapi manusia hari ini sibuk besarkan ‘tali pusat’ hingga lupa pada perintah Allah. Nauzubillah…

Ps: Hari2 dalam surat khabar cerita pasal mayat bayi dan mayat bapak budak ditemui di sana-sini…. Mayat kita juga akan di jumpai seseorang…

Categories: Aku Insaf!!, Cerita