Home > Panas > Nik Aziz Setuju Haram Purdah

Nik Aziz Setuju Haram Purdah

Nik Aziz Setuju Haram Purdah

KOTA BHARU 7 Okt. – Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju langkah Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi yang merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan memakai purdah atas alasan keselamatan.

Malah beliau yang juga Menteri Bersar Kelantan menegaskan, langkah yang serupa tentunya akan dilakukan di negeri ini sekiranya keadaan memaksa.

Beliau berkata, pemakaian purdah menimbulkan kekeliruan dan menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menyembunyikan identiti bagi melakukan aktiviti haram.

Katanya, Islam hanya mewajibkan perempuan menutup aurat dari kepala sehingga ke kaki tetapi tidak termasuk muka.

“Saya sudah lama sebut bahawa Islam hanya minta perempuan tutup aurat dan saya tak pernah sebut tutup aurat tutup muka, macam kita sembahyang, pakai telekung,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

*** Lagi Ulasan.. Panas.. ***

Kelantan Sedia Haramkan Purdah -MB

Kerajaan Kelantan sedia mengharamkan pemakaian purdah di negeri ini, jika didapati boleh menjadi ancaman terhadap keselamatan rakyat, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sambil bersetuju dengan Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi yang merancang melarang pelajar wanita memakai purdah dari memasuki institusi pendidikan itu, Nik Abdul Aziz berkata, pemakaian purdah kini sering disalah guna pihak tertentu untuk mengancam keselamatan.

“Saya sudah sebut lama, Islam hanya minta perempuan tutup aurat, bagi saya tak pernah disebut tutup muka, menutup aurat itu macam pakaian ketika nak sembahyang iaitu pakai telekung.

“Saya tak kata haram tutup muka (pemakaian purdah), tetapi dalam keadaan sekarang ini sabotaj banyak, orang lelaki pakai purdah hingga polis tak kenal dia lelaki atau perempuan di negeri yang banyak letupan bom.

“Kalau kena Kelantan pun saya kata haram pakai purdah, tak tahu lelaki ke perempuan,” katanya semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar yang menyebut, Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi, merancang mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar.

Laporan itu menyebut, seorang pegawai keselamatan berkata, polis menerima arahan secara lisan supaya menghalang pelajar perempuan yang berkelubung dari memasuki institusi di bawah al-Azhar termasuk sekolah menengah dan tinggi, serta asrama beberapa universiti di Kaherah.

Pegawai itu berkata, pengharaman itu adalah atas sebab keselamatan. Kebanyakan ulama berpendapat, purdah tidak wajib tetapi hanya adat resam diamalkan masyarakat Arab Badwi sebelum kedatangan Islam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau bersetuju dengan cadangan Mohammed Sayyed kerana kebelakangan ini banyak cubaan pihak tidak bertanggungjawab melakukan sesuatu perkara dengan berselindung di sebalik pemakaian purdah.

“Saya setuju (dengan Mohammed Sayyed) kerana keselamatan, terserahlah kepada pemakai itu pula, yang Islam nak tutup aurat, iaitu bagi perempuan muka dan tangan boleh buka,” katanya.

Mengulas mengenai kes jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat di Kelantan, beliau berkata, ia antara lain disebabkan kesan negatif televisyen yang tidak menerapkan nilai murni dalam rancangan yang disiarkan selain lambakan cakera padat video (VCD) lucah.

“Kita bagi ajaran agama, jenayah ini golongan muda, merompak sana-sini, sembahyang pun tidak puak-puak ini, air muka keruh tak kena air sembahyang, puak inilah yang menyusahkan polis dan orang kampung.

“Televisyen asyik siar cerita hantu, samun… televi-syen ini bukan kerja kerajaan negeri, sebaliknya kerja (usaha) Kerajaan Pusat, kesungguhan untuk jalankan kerja kerohanian dan nilai murni tak ada. VCD lucah ini, merata kampung… dukacita sungguhlah,” katanya.

🙂🙂🙂

Apa lagi nak di kata…………

Saya teringat, suatu masa dulu, di kampus pelajar perempuan, di musim peperiksaan, ada la seorang student berbangsa arab Mesir ni yang nak ambil peperiksaan, dia memang seorang pemakai purdah, jadi setiap kali menjawab peperiksaan dia pun tidak membuka purdahnya walaupun semua yang ada di situ adalah perempuan….

Sehinggalah suatu hari, ketika khusyuk menjawab soalan, pelajar ‘perempuan’ ni terbersin. Semua yang ada di situ terkejut, kerana suara  bersin itu tersangat kuat dan keras bunyinya.

Maka para pengawas peperiksaan pun menyuruh pelajar ‘perempuan’ itu membuka purdahnya.. Alangkah terkejut semua yang berada di situ, kerana pelajar itu bukanlah perempuan seperti yang disangka, tetapi lelaki!!

Rupa-rupanya, lelaki ini adalah abang si pelajar perempuan yang sebenar. Si abang ini memang pelajarannya bagus, jadi si adik itu pun meminta ‘jasa baik’ abangnya. Abangnya pun sangat bermurah hati. Kelakar juga cerita ini ya.

Sejak hari tu, pelajar tersebut dibuang dari pengajian di Al-Azhar kerana kesalahannya sama seperti meniru. Sejak hari tu juga, pentadbiran Al-Azhar meminta pelajar perempuan membuka purdah masing-masing sebelum menjawab peperiksaan. Kemudian setiap pengawas peperiksaan akan memeriksa sama ada wajah para pelajar sama dengan yang ada di dalam kad matrik masing-masing.

Pernah juga terjadi satu lagi peristiwa lucu apabila seorang kawan saya yang  berbangsa melayu ni disoal berkali-kali oleh pengawas peperiksaan;

“kenapa muka kamu sekarang tak sama dengan yang ada dalam kad matrik kamu?”

Jenuh juga kawan saya itu menjelaskan gambar itu adalah dia juga, cuma gambar itu diambil  semasa dia di Malaysia 2 tahun yang lalu! Dulu kurus, sekarang dah gemuk dan tembam, maka si pengawas tu pun tak cam lah. Haha.. Kelakar..

Apa-apa pun, pengharaman purdah yang disarankan oleh Syeikh Al-Azhar itu hanyalah di kawasan pengajian sahaja. Bukannya di kawasan luar. Ada baiknya cadangan ini. Sekurang-kurangnya kes kecurian atau peniruan yang licik seperti tadi tidak lagi akan berlaku.🙂


Categories: Panas
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: