Archive

Archive for September, 2009

Salam AidilFitri dari Perantauan

September 28, 2009 Leave a comment

Kad Raya

Selamat Hari Raya AidilFitri 1430 H Maaf Zahir dan Batin

dari Abdul Latib @ Mohd al-Fahmye bin Ahmad dan Hakimah bt Zakuwan

Kepada Seisi Keluarga dan Semua Rakan Serta Kenalan

Jemputlah Datang Beraya ke Rumah Kami

Walau di Mana Jua Anda Berada

Pada Bila-Bila Masa Sahaja

ūüôā

– Nasr City, Cairo, Egypt

Categories: Ucapan

Macam-macam…

September 13, 2009 Leave a comment

1. APABILA INTERNET TERPUTUS

Hampir 2 bulan saya membiarkan blog ini bersawang. Sebab utamanya¬† adalah ‘bekalan’ internet secara percuma yang saya peroleh telah terputus. Walaupun saya telah menggunakan khidmat internetnya selama lebih 3 bulan, ‘penderma’ ini tidak pernah merungut atau meminta apa-apa bayaran, malah kadangkala meningkatkan signal barnya. Sehingga membuatkan suami saya sangat teruja mendownload pelbagai software dari internet. Kata orang rezeki jangan ditolak. Kami bukan mencuri tetapi penderma itu sangat bermurah hati. Mulia sungguh hatinya. Saya doakan semoga Allah memurahkan rezeki beliau yang tidak dikenali itu. Juga saya doakan ¬†semoga beliau membuka kembali line wireless internetnya untuk manfaat orang-orang Islam yang hidup sekitar Haiyu Sabie‚Äô ini.

2. SUKA DUKA NATIJAH

Keputusan Imtihan Tahun Dua Kuliah Lughah Arabiah, Universiti Al-Azhar,  Banat, Kaherah telah dipamerkan pada awal Ogos lalu. Dukacitanya saya gagal melangkah ke Tahun Tiga. Saya terpaksa membawa 5 madah yg merupakan baki dari sukatan 13 madah untuk tahun ini. Lama juga saya mengumpul kekuatan untuk menkhabarkan berita ini pada mak dan ayah di kampung. Pedihnya. Saya telah berusaha, namun mungkin usaha saya itu tidak setimpal untuk ke tahap seterusnya. Mujur suami saya banyak memberikan kata-kata semangat. Bukan senang untuk menjadi cemerlang, cuma Allah mahu kita lebih gemilang. Pasti ada hikmahnya.

Alfu mabruk kepada sahabat-sahabat saya yang berjaya menaikkan diri ke Tahun Tiga yang lebih mencabar, terutamanya kepada Intan (Kedah) yang studynya sampai ke dalam mimpi dan Rabiatul Adawiyah (KL) yang berjaya meraih pangkat Jayyid Jiddan 2 tahun berturut-turut. Tak lupa juga kepada sahabat dari Singapore, Farhana dan dari Indonesia, Rina. Mereka berdua juga berjaya meraih pangkat Jayyid Jiddan. Mereka inilah yang selalu menjadi sumber rujukan kami dan sangat murah hati berkongsi nota, merekalah kebanggaan kuliah kami. Jelaslah, pelajar wafidat atau foreigner dari kuliah Lughah bukan tiada yang mampu meraih Jayyid Jiddan.

mengapa saya gagal?

Namun terfikir juga di mana silapnya, mengapa hanya mereka yang berjaya? Bukan saya sahaja, malah rakan-rakan seangkatan saya yang lain (para mustajidah) yang seramai lebih kurang 15 orang juga turut tersungkur. Mungkin disebabkan cara study kami berbeza, masing-masing punya gaya yang tersendiri, maka cara menjawab soalan pun pastinya berbeza. Setiap dukturah (pensyarah) juga mempunyai cara pengajaran yang berbeza, maka setiap dari mereka mahukan pelajar-pelajar menjawab mengikut kehendak dan citarasa mereka yang tersendiri. Mungkin lain yang dibaca lain pula yang disoal, mungkin juga apa yang dibaca itulah yang disoal namun cara menjawabnya tidak kena, gagal juga akhirnya. Suka atau tidak, kami terpaksa menelan hakikat ini.

Kelemahan dalam memperaktikkan apa yang dipelajari juga merupakan antara sebab utama kegagalan. Misalnya matapelajaran seperti Nahu, Sorof dan Balaghah yang sangat kaya dengan seni-seni, untuk memahami teknik mempelajarinya, tak lain tak bukan para pelajar harus menekuni kitab-kitab turathi karangan ulama terdahulu kerana kalamnya banyak disulami dengan penggunaan ilmu Nahu. Begitulah, betapa mencabar mana sekalipun menjadi pelajar Lughah Arabiah di universiti tertua di dunia ini, saya harus bangun dan bangkit semula. Saya mesti dan wajib berusaha semula.

3. DILAMAR ALMUTTAQIN TV

Sebelum peperiksan semester dua bermula, saya dilamar pegawai al-Muttaqin TV untuk menjadi krew bagi projek terbarunya iaitu Jejak Auliya‚Äô yang mana 90% dari para krewnya terdiri daripada para mahasiswi. Setelah mendapat izin dari suami, saya dengan senang hati menerima lamaran ini. Jejak Auliya’ merupakan siri dokumentari yang menjejaki peribadi dan keunggulan para Auliyaullah pada zaman kegemilangan Islam di era pemerintahan khalifah-khalifah Islam. Untuk siri pertama ini, kami menelusuri kisah para Auliyaullah yang jasad mereka disemadikan di Kaherah. Mereka adalah :

1 ) Imam As-Syafe’i
2 ) Imam Ibnu Ataillah as-Sakandari
3 ) Imam Ibnu Hajar
4 ) Imam Laith
5 ) Imam Soleh Al-Ja’fari
6 ) Imam Sultan Hasan
7 ) Imam Sya’rani
8 ) Imam Syihabudin ar-Ramli
9 ) Imam Zakaria Al-Ansari
10) Imam Ibnu Daqiq

Maka bermulalah tugas saya sebaik sahaja selesai imtihan semester dua. Lagi pula saya tidak lagi memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengarah PMC untuk tahun ini. Alhamdulillah, pengalaman sepanjang berkhidmat dalam PMC banyak membantu saya ketika menjadi krew Jejak Auliya’.

Alhamdulillah kini semua penggambaran telah selesai, sekarang kami berada di tahap kedua terakhir sebelum proses pemasaran. Tahap inilah yang paling sukar, kerana saya perlu mengedit semua rakaman video dan menyusun semula untuk dimasukkan ke dalam setiap episod. Demi menghasilkan motion yang berkualiti dan menyentuh jiwa para penonton, saya perlu dan terpaksa belajar lebih banyak video software dan juga graphics software. Betapa pentingnya kesabaran ketika ini kerana tiada siapa yang mampu mengajar saya secara detail. Hanya suami saya menjadi tempat rujukan saya. Apa-apa pun doakan semoga projek ini dapat disiapkan dengan jayanya… Ameen!!

4. RAMADHAN PENUH HIKMAH…

Masa begitu mencemburui kita, pejam celik pejam celik kini kita sudah berada di ambang sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan. Rasanya baru sekejap tadi saya menerima berita Ramadhan bermula pada 22 Ogos. Adik bongsu saya baru selesai menghadapi  UPSR. Mak meminta saya mendoakannya supaya memperoleh 5A. InsyaAllah confirm adik akan dapat 5A jika usahanya dilipatkali gandakan. Alhamdulillah Kak Uda saya telah selamat melahirkan anak lelaki keduanya 2 minggu lalu. Semestinya Umair yang baru berumur 2 tahun itu sibuk mengawal adiknya yang baru diberi nama Uwais. Sepupu saya juga, Kak Teh, selamat melahirkan anak lelaki keduanya seminggu lalu, pastinya Faris juga sibuk membantu ibunya menjaga adik baru. Nampaknya raya tahun ini lebih meriah. Bertambah besarlah keluarga kami. Rindu dan cemburu melingkari hati ini, namun apakan daya, saya dan suami harus mengutamakan apa yang lebih utama.

mari bersatu padu!!

Kini Ramadhan hanya berbaki lagi seminggu. Pantasnya masa berlalu, seolah-olah tak terasa sedang berpuasa. Apakah amalan yang kita lakukan sudah mencukupi? Insaflah wahai diri, lemahnya kamu dalam beribadah.

berlainan fikrah?

Puasa bukan sahaja di perut, tapi hati juga perlu berpuasa, betapa ramai orang yang berpuasa tapi puasanya sia-sia. Hubungan sesama muslim tidak dijaga, hati masih busuk penuh dengki. Berhati-hatilah menutur bicara, tanpa sedar mungkin ada hati yang terluka. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tiada gunanya. Islam mengajar kita supaya bersatu padu, betapa porak perandanya kita jika berpecah, sudahlah hidup di negeri orang, berpecah belah pula. Jika puncanya adalah berlainan fikrah, fikirlah semula, bukankah kita tetap saudara seIslam dan mempunyai satu tujuan yang sama? iaitu menyembah Allah yang Esa. Maka hormatilah dan railah fikrah orang yang berlainan dengan kita selagi mana tidak melanggar batasan Islam yang sebenar..

Justeru itu marilah kita menambahkan amal ibadat kita kepada Allah kerana Allahlah yang Maha Mengetahui segala-galanya. Duhai teman dan diri, marilah sama-sama membersihkan hati, buanglah perangai buruk yang sekian lama terlekat di dinding hati yang berkarat itu. Ramadhan ini banyak mengajar kita erti kesabaran dan kematangan. Betapa indahnya jika kita dapat menghayati nikmatinya…

Categories: Suka Duka Hidup

Bacalah Kitab: Fenomena Berlampauan dalam Mengkafirkan Orang

September 10, 2009 1 comment
KITAB: FENOMENA BERLAMPAUAN DALAM MENGKAFIRKAN ORANG
(ZHOHIRATUL GHULU FI TAKFIR)
OLEH: DR YUSOF AL-QARADHAWI (BAHAGIAN PERTAMA)

MUQADDIMAH

Di dalam kitab kecil setebal 94 mukasurat ini, Dr Yusof Qaradhawi telah menerangkan fenomena baru ini yang berlaku selepas zaman kebangkitan atau ‚Äėahdi thaurah‚Äô yang melanda Mesir sekitar tahun 70-an. Beliau telah diasak dengan pelbagai persoalan dari pelbagai lapisan masyarakat antaranya terdiri daripada bekas banduan yang merupakan ahli Ikhwan Muslimin dan juga golongan pemuda yang inginkan penjelasan mengenai keadaan berpecah belah yang semakin parah ketika itu;

1)    Kepincangan ini telah dimulakan oleh golongan yang berfikiran bebas yang terlampau tanpa mengira siapa. Mereka menggunakan media untuk menghujum golongan yang lain sesuka hati sehingga ke tahap kafir, fasiq dan pembuat maksiat.
2)    Golongan ini juga tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh apatah lagi bertaqwa.
3)¬†¬† ¬†Sesetengah kitab yang ‚Äėbertopengkan Islamiah‚Äô mengupas fenomena ini secara tidak sedar telah membawa benih-benih pengkafiran dan ‚Äėmelindunginya‚Äô dgn ungkapan yang enak dan panas.

Maka masyarakat ketika itu terdidik dengan fikrah ini sehingga memandang golongan yang telah dihujum ini dengan pandangan serong. Akhirnya golongan yang telah dihujum ini telah mengalami masalah komunikasi yang teruk; Mereka tidak dapat solat bersama dengan orang yang berlainan fikrah dan pegangan politik. Akibat yang paling besar adalah apabila mereka menghukum kerajaan dengan kafir kerana bagi mereka kerajaanlah yang berdiri di belakang golongan yang menghujum mereka semata-mata  kerana mereka telah menyeru ke arah perintah Allah. Kemudian mereka mengambil sesetengah nas secara zahir ;

‚ÄúBarangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.‚ÄĚ Al-Ma‚Äôidah ayat 44.

Mereka mengutip semua hadis-hadis yang berkaitan sehingga sampai ke suatu tahap mereka berkata: ‚ÄúSesiapa yang tidak menerima fikrah ini yang mana telah disertai dengan dalil-dalil (yang sebenarnya telah dipilih dengan kaedah yang salah) adalah kafir. Sesiapa yang tidak mengkafirkan golongan kerajaan adalah kafir kerana syak di dalam mengkafirkan golongan kafir adalah kafir, sama seperti¬† syak ketika mengkafirkan golongan Musyrikin, Yahudi, Nasrani dan Majusi.‚ÄĚ

Maka bermulalah era buruk di dalam sejarah sosial negara ini. Syeikh Hasan al-Hudhaibi R.A.H yang merupakan salah seorang pemimpin IM ketika itu telah mengetahui perkara ini ketika beliau di dalam penjara dan beliau terus menolak fikrah ini dengan berkata : ‚ÄúKita adalah pendakwah bukannya hakim‚Ä̬† Ini adalah kerana pekerjaan sebagai seorang pendakwah dan hakim mempunyai perbezaan yang sangat ketara.

Justeru di dalam kitab yang kecil ini Dr Yusof Qaradhawi telah membahagikan kepada beberapa bahagian yang menerangkan secara terperinci sebab-sebab utama berlakunya fenomena ini, kesan-kesannya dan cara-cara untuk mengatasinya.

1) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA FENOMENA INI

Dr Yusof Qaradhawi telah menyenaraikan sebab-sebab yang menyumbang ke arah masalah ini adalah;

1)    Tersebarnya fikrah kekufuran dan kemurtadan secara terang-terangan di dalam masyarakat Islam pada ketika itu dan golongan ini telah menyebarkan perkara-perkara yang batil atau serong mengenai agama Islam dengan menggunakan pelbagai kemudahan media tanpa mengambil kira pendapat golongan yang menolak pemahaman mereka.
2)    Sikap sambil lewa dan ambil mudah oleh sesetengah Ulama’ dalam mengatasi golongan ini.
3)    Penekanan yang hebat diberikan kepada pendakwah bebas yang membawa fikrah Islamiah berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.
4)    Ketandusan golongan pemuda yang mahir dalam ilmu Fiqh Islami dan Usulnya. Mereka juga tidak mempunyai keinginan yang kuat untuk mendalami ilmu Islamiah dan ilmu bahasa atau lughawiyah  yang mana telah menjadikan mereka berpegang kepada sesetengah nas tanpa nas yang lain, begitu juga dengan perkara-perkara yang syubhat dan juz’iyat tanpa memahami qawa’id kuliyyat, maka ini akhirnya menjadikan mereka berpegang dengan sesuatu fikrah secara membuta tuli tanpa mempunyai kefahaman yang tepat mengenainya.

Sedangkan keikhlasan semata-mata dalam mematuhi sesuatu fikrah tidak mencukupi selagi mana tidak disandarkan dengan kefahaman Fiqh yang mendalam.

Imam Hasan al-Basri telah berkata: ‚ÄúSeseorang yang beramal tanpa ilmu ibarat seorang yang berjalan tanpa arah. Seseorang yang beramal tanpa ilmu lebih banyak memusnahkan daripada mengislahkan, maka tuntutlah perkara ilmu tanpa memudharatkan perkara Ibadat dan tuntutlah perkara Ibadat tanpa memudharatkan perkara Ilmu…”

2)GOLONGAN YANG BERHAK DIKAFIRKAN:

Kita harus sedar siapakah yang sebenarnya harus dikafirkan. Mereka adalah golongan yang terang-terangan menyebarkan dakyah yang bertentangan dengan Islam. Di sisi Islam mereka dinamakan golongan ‚ÄėMunafik‚Äô iaitu golongan yang beriman hanya di mulut tetapi tidak di hati. Mereka juga boleh dikenali dengan amalan dan perbuatan mereka yang tidak Islam. Walau bagaimanapun, golongan yang wajib dicop sebagai kafir tanpa ragu-ragu lagi adalah:

1)¬†¬† ¬†Golongan Komunis yang membawa ideologi komunisme yang bertunjangkan falsafah dan undang-undang kehidupan yang jelas bertentangan dengan ‚Äėaqidah Islamiyah dan pensyari‚Äôatannya serta nilai-nilainya. Mereka juga menganggap golongan yang mempunyai agama adalah candu atau racun masyarakat. Secara umumnya mereka menyifatkan semua agama sebegitu namun secara khususnya mereka menyifatkan agama Islam sebagai agama yang membawa permusuhan dan kebencian.
2)    Pemimpin-pemimpin berfahaman Sekular dan juga ahli parti politik yang berfahaman sekular yang secara berterangan menolak syari’at Islam. Mereka berpendapat bahawa sesebuah negara harus dipisahkan dari agama. Jadi golongan yang menyeru kepada meyahut perintah Allah dan Rasul-Nya harus ditentang habis-habisan.
3)    Ashab an-Nihal atau golongan agama sesat yang telah keluar daripada agama Islam secara terang-terangan seperti al-Duruz, an-Nashiriyah dan al-Isma’iliyah dan lain-lain kumpulan yang sesat. Imam Ghazali menyifatkan mereka sebagai ; Golongan yang secara zahirnya menentang atau menolak tetapi secara batiniahnya mereka kafir  secara mutlak. Ibnu Taimiyah pula menyebut; Mereka ini lebih kafir daripada golongan Yahudi dan Nasrani. Contoh-contoh daripada golongan ini di zaman kita adalah seperti aliran Bahaisme yang merupakan agama baru yang dicipta dan juga hampir menyerupai  al-Qodiyaniyah yang muncul dengan ideologi kenabian selepas kenabian Muhammad S.A.W  yang merupakan penamat para nabi. Jika di Malaysia, pengikut Ayah Pin turut termasuk dalam golongan ini.

3)KEWAJIBAN MEBEZAKAN ANTARA UMUM ATAU JENIS DAN INDIVIDU YANG TERTENTU:

Kita harus memberikan perhatian yang serius seperti mana yang dipesan oleh para Ulama’ apabila membicarakan mengenai kafir dari sudut secara umum (nau’iyah) atau individu (syaksiah) kerana terdapat perbezaan yang besar antara dua perkara tersebut.

Apabila kita mengatakan golongan Komunis adalah kafir atau pemimpin-pemimpin berfahaman sekular yang menolak Islam adalah kafir atau sesiapa yang mengatakan sedemikian rupa dan menyeru kepada sedemikian perkara adalah kafir, maka ini dinamakan sebagai hukuman yang diletakkan secara umum.

Namun apabila kita mengaitkan perkara-perkara seperti tadi (iaitu kafir) kepada seseorang individu atau peribadi yang tertentu maka kita wajib berhenti sebentar untuk meyelidik dan memastikan tohmahan tersebut samada benar atau tidak dengan menyoal individu tersebut dan berbincang dengannya, sehinggalah kita mendapat hujah yang kuat tanpa sebarang keraguan. Dalam perkara ini Ibnu Taimiyah telah memberikan contoh seperti nas-nas yang berbentuk ancaman, antaranya:

‚ÄúSesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)‚ÄĚ Surah an-Nisa‚Äô ayat 10.

Sesungguhnya nas-nas berbentuk ancaman ini adalah benar, tetapi seseorang individu yang melakukannya tidak boleh dikatakan atau digelar sebagai penerima ancaman tersebut, dan dia juga tidak boleh digelar sebagai orang-orang yang pasti akan menjadi  ahli neraka. Kerana boleh jadi ada syarat-syarat yang hilang atau tidak cukup atau ada penghalang dalam perbuatan yang dilakukannya. Mungkin hamba Allah tersebut akan bertaubat dan melakukan amal kebajikan sehingga menyebabkannya terlepas daripada menerima hukuman.

Imam-Imam dalam banyak mazhab telah berpegang dengan kaedah yang terperinci ini untuk membezakan antara umum atau jenis dan inidividu yang tertentu. Dapat kita lihat di sini, semua kaedah yang terperinci ini harus dilalui dalam menetapkan hukum kafir, oleh itu, bagaimana mungkin seseorang muslim menghukum rakyat yang bertashid dengan kalimah ‚ÄėLA ILA HA ILLALLAH WA ANNA MUHAMMAD RASULULLAH‚Äô sebagai kafir?

Sesungguhnya sesiapa yang berikrar dengan dua kalimah syahadah ini maka darah dan harta mereka adalah terpelihara kecuali dengan hak-haknya, dan hanya Allah yang berhak menghisab mereka. Kita hanya mampu melihat zahir orang lain tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara sebenar.

4) BAHAYA MENGKAFIRKAN ORANG

Apabila fenomena ini melanda masyarakat, maka ia memberikan impak yang sangat besar kepada individu yang telah dituduh sebagai kafir tersebut. Perkara yang akan berlaku kepada seorang kafir adalah:

1)    Tidak boleh bersama dengan isterinya. Mereka wajib berpisah kerana seorang muslimah      tidak boleh menjadi isteri kepada seorang kafir.
2)    Anak-anaknya tidak boleh tinggal bersamanya kerana dikhuatiri akan terpengaruh dengan kekafirannya.
3)    Hilang hak untuk tinggal dan pertolongan dari masyarakat Islam.
4)    Wajib dibicarakan oleh Hakim Islami atau Syar’ie untuk memastikan bahawa dia benar-benar telah murtad.
5)    Jika mati, hak-haknya selepas mati tidak boleh ditunaikan seperti orang Islam, maka mayatnya tidak boleh dimandikan dan disembahyangkan serta dikebumikan secara Islam. Harta-hartanya juga tidak boleh dibahagikan secara ahkam mirath.

6)    Akan mendapat laknat dan kemurkaan daripada Allah S.W.T serta dilemparkan dari rahmat-Nya. Maka dia akan kekal di dalam neraka jahannam selama-lamanya.

5) KEWAJIBAN KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Betapa pentingnya kita kembali berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menghalang kepincangan ini daripada terus membarah dan menimbulkan lebih banyak masalah. Masalah ini boleh dihindari dengan memahami kaedah-kaedah tertentu. Jika kita berpegang kepada pendapat sesetengah Ulama’ maka kita harus mengetahui nas-nas yang digunakan agar tidak berpegang sesuatu perkara secara membuta tuli.

NANTIKAN SAMBUNGANNYA DALAM KELUARAN AKAN DATANG… TERIMA KASIH.

Categories: Ilmiah, Mari Belek Kitab