Home > Cerita > Natrah Hertogh Meninggal Dunia

Natrah Hertogh Meninggal Dunia

http://www.mykpp.org/index.php?option=com_content&view=article&id=95:natrah&catid=1:latest-news

LONDON: Natrah Maarof atau Bertha Hertogh, wanita yang menjadi pertikaian antara bapanya yang berbangsa Belanda dengan ibu angkatnya dari Malaysia, meninggal dunia akibat leukemia semalam di rumahnya di Huijberhen, di selatan Belanda, pada usia 72 tahun. Menurut anak bongsunya, Silvija Wolkenfelt, 38, Natrah tidak akan dikebumikan kerana permintaan terakhirnya untuk menderma mayatnya bagi tujuan penyelidikan di Hospital Rotterdam. Menerusi perbualan telefon, Silvija berkata, “Sepanjang umurnya dia melakukan apa yang orang lain mahu dan ini ialah pilihannya sendiri, amat penting bagi kita menghormati permintaan terakhirnya.”

Menurut kenyataan akhbar, Natrah menjadi berita utama akhbar seluruh dunia dalam 1950 apabila dia menjadi punca pergelutan antara bapanya dengan ibu angkatnya di Malaysia.

Natrah atau nama sebenarnya Maria Bertha Hertogh ialah anak Adeline Hunter dan Adrianus Petrus Hertogh yang ditawan tentera Jepun 1942 di Indonesia.
Oleh kerana semangat anti-Barat begitu kuat di Indonesia, Natrah diserahkan kepada Aminah Mohamad dari Terengganu yang ketika itu berada di Indonesia. Ini dilakukan tanpa pengetahuan bapanya. Natrah dibesarkan sebagai seorang Islam.

Natrah ialah nama yang diberi Aminah. Selepas perang 1945, Hertogh dibebaskan dan berusaha mencari Natrah. Selepas ditemui, Aminah membawa Natrah ke Singapura untuk bertemu dengan bapanya dan kemudian dimasukkan ke Girls Homecraft Centre di York Hill.

Aminah membuat rayuan mahkamah dan berjaya mendapat Natrah semula. Dia kemudian dikahwinkan dengan Mansor Adabi pada usia 13 tahun.

Bagaimanapun pada 12 Disember 1950, mahkamah mengarahkan supaya Natrah dikembalikan kepada bapanya dan pulang ke Belanda. Inilah punca rusuhan Natrah di Singapura yang menyebabkan 18 orang maut dan beratus-ratus lagi cedera. Dengan keputusan mahkamah ini, dikhuatiri Natrah akan dimurtadkan.

Selepas dipaksa pulang ke Belanda, Natrah memulakan hidup baru dan hanya pulang ke Malaysia pada 1999 buat pertama kali untuk merakamkan sebuah dokumentari mengenai hidupnya oleh televisyen Belanda.

Natrah berkata, zaman kanak-kanak satu-satunya masa dia betul-betul bahagia.

Bagi kebanyakan orang, dia masih ikon perjuangan melawan imperialisma British dan satu contoh akan apa perbezaan agama boleh akibatkan.

Sebuah filem berjudul Natrah kini sedang diusahakan di Singapura, Malaysia dan Belanda. Filem ini adalah dari sudut pandangan Natrah mengenai kejadian yang mengakibatkan rusuhan dan bagaimana dia menjadi mangsa konflik agama dan kolonialism.

Filem ini diarah oleh Ben Sombogaart yang dikenali menerusi filem seperti Twin Sisters dan Bride Flight yang dijangka ditayangkan pada 2010.

Menurut Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Dr Fauziah Mohd Taib, yang bertemu Natrah di majlis hari jadinya yang ke 72, 24 Mac lalu, Natrah kelihatan sungguh gembira.

“Majlis hari jadinya bertemakan Malaysia dan Indonesia. Semua orang memakai baju Melayu. Dia begitu seronok bercakap mengenai masa dia membesar di Malaysia,” kata Fauziah.

Lagi berita tentang Natrah…

Natrah, gadis rebutan berdarah 1950 meninggal dunia

dn_04_1

KUALA LUMPUR 9 Julai – Bertha Hertogh atau Natrah, nama Islamnya pada satu ketika dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda, semalam.
Beliau meninggal dunia akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohd. Taib menerusi e-mel kepada Bernama hari ini.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam serta bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun begitu, undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungannya di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr. Fauziah berkata, Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

“Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya,” kata Dr. Fauziah.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan. – BERNAMA

Categories: Cerita
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: