Archive

Archive for July, 2009

Wanita Mesir Mati Ditikam 18 Kali Kerana Berhijab??!!

July 12, 2009 7 comments

SAKITNYA HATI

Hati saya tersentap dan terluka apabila membaca berita ini. Apabila seorang artis, Michael Jackson meninggal dunia, seluruh media membuat liputan meluas mengenainya termasuk Malaysia dan negara-negara Arab, namun apabila seorang wanita Islam Mesir telah mati ditikam sebanyak 18 kali sampai mati di dalam mahkamah di Dresden, Jerman,- media2 barat malah semua media termasuk Malaysia seolah-olah hanya mendiamkan diri. Mengapa ini berlaku?

Marwa al-SherbiniKisahnya bermula begini, pada Ogos 2008, ketika Dr Marwa al-Sherbini,32, seorang warga Mesir yang bekerja sebagai pharmacist di Jerman sedang berjalan di sebuah taman, jirannya Alex W, 28, seorang imigran Rusia yang sedang menganggur di Jerman telah menggelarnya sebagai seorang terrorist hanya kerana melihatnya berhijab. Lalu Dr Marwa telah mengambil tindakan untuk menfailkan saman terhadap Alex. Dr Marwa mungkin melakukannya untuk mengelakkan lebih ramai lagi wanita Islam yang berhijab sewenang-wenangnya dituduh sebagai terrorist.

Maka pada 1 Julai lalu, setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan bahawa Alex bersalah dan diarahkan membayar denda sebanyak 2800 Euro.

Namun kejadian yang tidak berperikemanusiaan telah berlaku apabila Alex terus menerkam ke arah wanita tersebut dan menikamnya bertubi-tubi sebanyak 18 kali sehingga wanita tersebut mati dihadapan anak lelakinya yang berusia 3 tahun setengah! Lebih menyedihkan, Dr Marwa sedang mengandung 4 bulan!! Kejam bukan? Manusia jenis apakah si Alex ini??

Suami Dr Marwa, Elwi Ali Okaz, -seorang ahli akademik warga Mesir yang bakal menyelesaikan phDnya pada bulan ini- yang melihat kejadian tersebut terus menerkam ke arah Alex demi menyelamatkan isterinya dan kemudian -lebih tragis- beliau ditikam pula sebanyak 3 kali!! Tidak cukup dengan itu, polis yang berada di situ turut menembak suaminya sebanyak 2 kali!!

LOGIKKAH??

Sekarang mari kita berfikir menggunakan akal yang waras;

1)Bagaimanakah kejadian ini boleh berlaku di dalam mahkamah? Di negara maju yang moden pula?

2)Mengapakah Alex allowed untuk membawa pisau yang boleh diklasifikasikan sebagai senjata merbahaya ke dalam mahkamah? Takkan lah dia nak kupas buah sambil mendengar keputusan hakim?

3)Mengapakah orang yang berada di dalam mahkamah tersebut tidak melakukan sebarang perbuatan yang pantas dan bijak? Apa yg polis dalam tu buat? Ditembaknya pula suami Dr Marwa yg tidak bersalah!! Kini Suaminya berada dalam keadaan kritikal.

Alasan mereka – polis yang menembak suami Dr Marwa menyangka beliau adalah penyerang kerana melihat lelaki tersebut tidak berambut perang dan bukan seperti orang Jerman.

Hujah kita – kenapa bodoh sangat polis tu, bukankah sepatutnya dia menembak orang yang sedang memegang pisau dan sedang bertubi-tubi menikam Dr Marwa? Macam mana polis seperti ini boleh menjadi polis di Jerman?

4)Mengapakah media barat hanya berdiam diri dan membiarkan kes ini berlalu begitu sahaja? Negara barat telah melakukan pelbagai kezaliman kepada orang Islam. Dan di akhirnya mereka mengatakan ‘ohh~ muslims is the terrorists!!’ Di manakah BBC, CNN, SkyNews, dan FoxNews yang sebelum ini cukup pantas menyebarkan berita?

Dimanakah keadilannya? Mereka mengganggap kes ini sudah selesai dengan alasan Alex mengidap ‘mentality ill’. Mereka sebenarnya menyembunyikan kebenaran. Mengapa?

Alasan mereka – mereka melakukannya supaya tidak dipandang serong untuk mengelakkan daripada berlaku pelbagai kemerosotan terhadap sektor ekonomi, politik, sosial atau pelancongan di negara-negara Eropah khususnya Jerman.

Hujah kita – sedangkan di negara mereka apabila haiwan telah dibunuh, mereka berusaha menuntut keadilan terhadap haiwan tersebut. Namun, apabila seorang wanita Islam dibunuh DI DALAM MAHKAMAH di negara Eropah, mereka seolah-olah memandang dengan sebelah mata. Mereka tak sedar, bangkai gajah akan tetap membusuk dan dapat dilihat orang walaupun telah ditutup!!

-malah, selepas Marwa dibunuh, polis Jerman menyelongkar rumahnya untuk mencari bukti bahawa beliau adalah terrorist!!

-cuba, jika seorang wanita Yahudi atau Kristian dibunuh sepertimana wanita Islam ini dibunuh?? atau orang yang dibunuh tersebut adalah adik atau kakak mereka?? Apakah yang akan mereka lakukan!!!

5)Spokesman di Dresden prosecutor’s office pula menyifatkan Alex hanya ‘TERbertindak melebihi had’ dan setelah menyiasat mereka mengatakan Alex ‘tidak sengaja membunuh wanita tersebut’.

-Bagaimana boleh dikatakan Alex tidak sengaja membunuh sedangkan dia awal-awal lagi dah bawa pisau? kalau dia tumbuk atau tampar kemudian tiba2 Dr Marwa mati, barulah logik kalau nak disifatkan sebagai ‘pembunuhan yang tidak sengaja’

6)Adakah Dr Marwa benar-benar dibunuh kerana hijabnya? Mengapa masyarakat barat terlalu membenci hijab? Bukankah mereka mengamalkan kebebasan agama? Saya merasakan Dr Marwa tidak hanya dibunuh kerana hijabnya, malah dia dibunuh kerana DIA SEORANG MUSLIMAH! kerana MENGANUT AGAMA ISLAM!! Untuk pengetahuan anda, sebenarnya Alex adalah seorang Yahudi!!

protesWallahua’alam. Dunia Islam menangisi peristiwa yang menimpa Dr Marwa al-Shebrini. Al-Fatihah buat beliau. Mari doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga perkara ini membuka mata dan mengetuk minda kita ke atas apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam masa kini. Semoga pembunuh Dr Marwa dijatuhkan hukuman yang seberat-beratnya agar menjadi pengajaran, kalau tidak di dunia, biar jasadnya dibakar di dalam api neraka kelak!! Kejamnya si kafir laknatullah ini!! Apakah pula tindakan kita?? Bagaimana dengan saudara-saudara Islam kita di Palestin, Afghanistan,  Thailand, dan baru-baru ini di China? Adakah kita hanya sekadar melihat dan kemudian menerimanya dengan penuh ‘tabah’???

Categories: Protes !!

Natrah Hertogh Meninggal Dunia

July 10, 2009 Leave a comment

http://www.mykpp.org/index.php?option=com_content&view=article&id=95:natrah&catid=1:latest-news

LONDON: Natrah Maarof atau Bertha Hertogh, wanita yang menjadi pertikaian antara bapanya yang berbangsa Belanda dengan ibu angkatnya dari Malaysia, meninggal dunia akibat leukemia semalam di rumahnya di Huijberhen, di selatan Belanda, pada usia 72 tahun. Menurut anak bongsunya, Silvija Wolkenfelt, 38, Natrah tidak akan dikebumikan kerana permintaan terakhirnya untuk menderma mayatnya bagi tujuan penyelidikan di Hospital Rotterdam. Menerusi perbualan telefon, Silvija berkata, “Sepanjang umurnya dia melakukan apa yang orang lain mahu dan ini ialah pilihannya sendiri, amat penting bagi kita menghormati permintaan terakhirnya.”

Menurut kenyataan akhbar, Natrah menjadi berita utama akhbar seluruh dunia dalam 1950 apabila dia menjadi punca pergelutan antara bapanya dengan ibu angkatnya di Malaysia.

Natrah atau nama sebenarnya Maria Bertha Hertogh ialah anak Adeline Hunter dan Adrianus Petrus Hertogh yang ditawan tentera Jepun 1942 di Indonesia.
Oleh kerana semangat anti-Barat begitu kuat di Indonesia, Natrah diserahkan kepada Aminah Mohamad dari Terengganu yang ketika itu berada di Indonesia. Ini dilakukan tanpa pengetahuan bapanya. Natrah dibesarkan sebagai seorang Islam.

Natrah ialah nama yang diberi Aminah. Selepas perang 1945, Hertogh dibebaskan dan berusaha mencari Natrah. Selepas ditemui, Aminah membawa Natrah ke Singapura untuk bertemu dengan bapanya dan kemudian dimasukkan ke Girls Homecraft Centre di York Hill.

Aminah membuat rayuan mahkamah dan berjaya mendapat Natrah semula. Dia kemudian dikahwinkan dengan Mansor Adabi pada usia 13 tahun.

Bagaimanapun pada 12 Disember 1950, mahkamah mengarahkan supaya Natrah dikembalikan kepada bapanya dan pulang ke Belanda. Inilah punca rusuhan Natrah di Singapura yang menyebabkan 18 orang maut dan beratus-ratus lagi cedera. Dengan keputusan mahkamah ini, dikhuatiri Natrah akan dimurtadkan.

Selepas dipaksa pulang ke Belanda, Natrah memulakan hidup baru dan hanya pulang ke Malaysia pada 1999 buat pertama kali untuk merakamkan sebuah dokumentari mengenai hidupnya oleh televisyen Belanda.

Natrah berkata, zaman kanak-kanak satu-satunya masa dia betul-betul bahagia.

Bagi kebanyakan orang, dia masih ikon perjuangan melawan imperialisma British dan satu contoh akan apa perbezaan agama boleh akibatkan.

Sebuah filem berjudul Natrah kini sedang diusahakan di Singapura, Malaysia dan Belanda. Filem ini adalah dari sudut pandangan Natrah mengenai kejadian yang mengakibatkan rusuhan dan bagaimana dia menjadi mangsa konflik agama dan kolonialism.

Filem ini diarah oleh Ben Sombogaart yang dikenali menerusi filem seperti Twin Sisters dan Bride Flight yang dijangka ditayangkan pada 2010.

Menurut Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Dr Fauziah Mohd Taib, yang bertemu Natrah di majlis hari jadinya yang ke 72, 24 Mac lalu, Natrah kelihatan sungguh gembira.

“Majlis hari jadinya bertemakan Malaysia dan Indonesia. Semua orang memakai baju Melayu. Dia begitu seronok bercakap mengenai masa dia membesar di Malaysia,” kata Fauziah.

Lagi berita tentang Natrah…

Natrah, gadis rebutan berdarah 1950 meninggal dunia

dn_04_1

KUALA LUMPUR 9 Julai – Bertha Hertogh atau Natrah, nama Islamnya pada satu ketika dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda, semalam.
Beliau meninggal dunia akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohd. Taib menerusi e-mel kepada Bernama hari ini.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam serta bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun begitu, undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungannya di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr. Fauziah berkata, Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

“Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya,” kata Dr. Fauziah.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan. – BERNAMA

Categories: Cerita

Bacalah Kitab: Waktu dan Ciri-Cirinya:

July 9, 2009 Leave a comment

dipetik dari http://www.madrasahwasatiyyah.blogspot.com

OLEH: DR YUSOF QARADHAWI

MUQADDIMAH

Waktu adalah nyawa kita,seorang mukmin itu amat menghargai waktu di dalam mengerjakan perkara-perkara yang berfaedah. Di sini kita ingin menyebut ciri-ciri istimewa waktu dan masa seperti yang disebutkan oleh Imam Qaradawi.

Pertama: waktu ini cepat berlalu.
Waktu ini berlalu dengan cepat seperti berlalunya angin samada didalam keadaan gembira dan sedih dan waktu gembira ia lebih cepat berlalu. sekiranya dwaktu sedih ia berjalan perlahan berbanding waktu gembira,ini adalah perasaan seseorang pada hakikat waktu,hakikat waktu tetap berjalan dengan cepat.

Kedua: Sesuatu yang berlalu ia tidak boleh ganti.

Inilah ciri khusus waktu yang kedua di mana apabila berlalu hari atau masa maka adalah mustahil ia dapat dikembalikan. Berkata imam hasan al basri. Masa apabila berlalu maka ia tidak akan kembali.

Ketiga: masa adalah harta yang paling bernilai bagi seorang insan.
Apabila waktu ini cepat berlalu dan tidak boleh diganti maka ia adalah benda yang paling berharga emas dan perak dan kesemua jenis harta,sebab itu Hassan al- banna berkata “waktu itu adalah kehidupan”.

Maka wahai driku dan sahabat-sahabat renungkanlah kata-kata yang dibawakan ini. Mudahan kita tergolong daripada golongan yang menjaga waktu.

Categories: Ilmiah, Mari Belek Kitab

Kisah ‘Swine Flu’ dan Penternakan Khinzir

July 9, 2009 Leave a comment

dipetik dr pmram.org

Mutakhir ini, virus H1N1 menyerang. Selepas selesema burung menyerang kita, kini negara diserang selesema babi. Barat memanggilnya ‘swine flu’, bukan ‘pig flu’.

Sebelum ini, kita pernah dengar virus J.E. Baik ‘swine flu’ dan J.E, kedua-dua virus ini bermuara dari asal-usul keturunan dan susur-galur silsilah yang sama; babi.

Bahasa yang lebih lunak ialah khinzir. Ada riwayat menyebutkan bahawa ketika bahtera Nabi Nuh telah penuh dengan kekotoron najis yang dilemparkan musuh-musuhnya, ketika itu muncul haiwan babi yang dikatakan, kononnya telah memakan segala timbunan najis-najis itu.

Pada suatu hari, seorang lelaki yang diserang sejenis penyakit kulit jatuh ke atas bahtera Nuh. Dengan tidak semena-mena, penyakit kulitnya sembuh. Berita itu tersebar pantas, sehingga ramai kalangan mereka yang diserang penyakit yang sama telah datang melumur najis dari bahtera itu ke atas tubuh badan mereka.

Dipendekkan cerita, akhirnya, lama-kelamaan, hilang lenyaplah segala bau dan najis itu kerana mereka mencuci sehingga bersih bahtera itu semata-mata kerana inginkan saki-baki ‘air penawar’ yang masih terpalit di atas bahtera tersebut. Wallahu’alam..

Kalau riwayat ini benar, maka sejarah permulaan kemunculan makhluk Allah ini mungkin bermula sejak zaman Nabi Nuh a.s lagi. Sejak Nabi Adam, kita hanya mengenali kambing, lembu sebagai haiwan ternakan. Kita tidak pernah tersua dengan kisah kaum-kaum Aad, Tsamud, masyarakat Iram di padang pasir yang menternak babi. Mereka hanya menternak unta, kambing di gurun sahara.

Dalam al-Qur’an, surah al-Baqarah yang mendapat namanya ekoran kisah seekor lembu sapi betina Bani Israel yang digunakan dalam kes pembunuhan. Dan, Nabi Musa ketika itu menjadi hakimnya.

Maka, babi sebagai haiwan ternakan sangat asing dalam kisah-kisah al-Quran dan malah tamadun-tamadun, kaum-kaum yang sangat ingkar kepada Tuhan pun, barangkali tidak menternak haiwan ini.

Sejak bila dikomersialkan penternakan babi?

Tidak diketahui sejak bilakah babi dijadikan haiwan ternakan? Dan, tamadun mana pula yang menjadikan khinzir sebagai haiwan ternakan, lalu menjadikan daging haiwan itu sebagai produk dagangan antarabangsa.

Zaman berlalu menyaksikan peradaban demi peradaban runtuh, digantikan dengan negara bangsa. Daging khinzir mula dijadikan hidangan, dan makanan-makanan bernilai komersial. Di Malaysia hari ini, babi juga menjadi haiwan ternakan warganegara kita.

Dengan tidak semena-mena, penyakit yang bermuara daripada babi ini mengancam kemanusiaan sejagat. Bagaikan air yang mengalir deras, penyakit yang bermuara dari Mexico ini telah mengalir cepat, meluncur laju ke lembah Amerika Syarikat dan gelombang tsunami penyakit itu, kocakannya membadai ke Malaysia pula.

Mengancam alam sekitar dan maruah

Namun, setakat ini, tiada lagi kita mendengar penyakit ‘swine flu’ itu berasal daripada babi di Malaysia. Yang kita dengar J.E atau Virus Nipah sahaja. Itu jelas. Selain itu, Karam Singh Walia kerap melaporkan isu-isu pencemaran air sungai yang terkait dengan penternakan babi di Malaysia.

Ringkasnya, Virus Nipah oleh khinzir di Malaysia tidak melebarkan empayar serangannya ke serata dunia. Tapi, ‘swine flu’ ini berawal dari Mexico, USA dan kini hinggap ke negara kita. Itu bezanya. Penyakit boleh datang dari pelbagai arah. Tapi, babi itulah punca asal kepada masalah merebaknya penyakit ini.

Selain pencemaran air sungai, babi menjadi simbol pergaduhan dan penghinaan ke atas pihak-pihak tertentu. Misalnya, telah wujud kes menggantung kepala babi di atas pagar seorang pemimpin parti politik. Dalam surau di sebuah kampus di Lembah Klang, kepala babi dibalut lalu diletakkan di atas bendera sebuah parti pembangkang.

Maka, sekurang-kurangnya, ancaman babi ke atas kemanusiaan dalam konteks Malaysia, ada dua – iaitu, pertamanya penternakan babi merosakkan alam sekitar melalui pencemaran sumber takungan dan tadahan air seperti tasik dan sungai-sungai. Kedua, babi disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, guna menjatuhkan maruah orang dan sesebuah organisasi parti.

Antara rumusan dan kesimpulan awal yang kita boleh susun di sini ialah – penternakan babi mengundang parah yang lebih banyak dan musibahnya berbanding keuntungan. Yang rugi adalah alam sekitar dan maruah manusia (termasuk parti). Yang untung adalah sebilangan kaum pemodal, kapitalis bukan Melayu, bukan Islam.

Jika salah tafsiran, orang akan menganggap isu ini sensitif kerana melanggar tebing sensitiviti ras dan agama tertentu. Tapi, ketepikan dulu soal agama, soal perkauman. Kita menulis untuk membicarakan soal pemeliharaan alam sekitar, maruah dan nyawa manusia.

Apatah lagi dengan kehadiran virus H1N1 dan ‘swine flu’ hari ini, termasuk Virus Nipah, pencemaran sungai, maka penternakan babi mesti dijadikan perbahasan utama dalam Parlimen termasuklah di warung-warung kopi di celah-celah pelusuk kampung.

Sebenarnya, masalah selesema babi ini juga menggugat industri pelancongan negara. Bagaimanakah kita mahu mengukur kelembapan industri pelancongan ini? Perkara yang paling mudah dikesan ialah berkurangannya para pelancong yang berlibur di dalam negara kita.

Kejatuhan ekonomi dunia tidak ganggu industri pelancongan

Kesan ekonomi global sebenarnya tidak menghalang para pelancong daripada terus berpusu-pusu masuk, membanjiri negara. Tapi, dengan keadaan wabak kerisauan yang menular ke dalam jantung hati manusia berikutan selesema babi ini, para pelancong semakin berawas jika mahu berlibur ke mana-mana.

Menurut laporan, tempahan menginap di hotel telah mengalami penurunan penempahan sebanyak 10 peratus. Malah, penularan wabak ini turut menghempap kepada sektor makanan dan pengangkutan.

Kalau mahu dihimpunkan keburukan selesema babi ini cukup banyak. Sedangkan kita cuma membangkitkan satu persoalan saja, iaitu benarkah pada akhir riwayat dunia akhir zaman ini, babi-babi akan dibunuh seperti yang terangkum dalam sabda junjungan besar kita itu?

Mungkinkah sekarang, dengan tibanya H1N1 yang telah merebak ke seluruh dunia, menyebabkan sudah tiba masanya untuk membuat keputusan menutup dan menghapuskan segala ladang penternakan babi di seluruh dunia atas nama keselamatan awam?

Najis dan sisa kumbahan babi yang dibuang ke dalam sungai boleh merosakkan sumber air, membawa pencemaran alam sekitar. Hal sama keadaannya dengan H1N1 ini yang mengalir dalam pembuluh darah kita. Air sungai dalam sesebuah negara bagaikan darah yang mengalir dalam tubuh; mengalirkan kekotoran untuk kesihatan tubuh.

Bayangkan jika darah dicemari H1N1 seperti mana air sungai dicemari najis kumbahan babi. Sihatkah tubuh, bersihkah negara?

Haiwan tidak dibunuh kerana mereka berdosa atau tidak. Tiada konsep dosa pahala dalam kehidupan haiwan. Setiap haiwan diburu, diternak sebagai makanan manusia. Itu sunnatullah, fitrah. Itu lumrah alam dan menjadi amalan dalam kehidupan manusia.

Tapi, apabila khinzir mula membawa masalah. Setiap ‘hembusan’ nafasnya dengan tak semena-mena mendatangkan jangkitan selesema untuk manusia, maka kehadiran haiwan itu perlulah diambil tindakan serius demi menyelamatkan manusia dan kemanusiaan.

Diriwayatkan dalam hadis akhir zaman bahawa akan ada watak akhir zaman yang akan membunuh haiwan. Maka membunuh babi bukanlah kesalahan walaupun sesebuah negara Islam seperti Malaysia telah meletakkan penternakan babi ini sebagai salah satu perusahaan yang mengukuhkan sendi ekonominya sendiri.

Perlu keputusan segera

Maka, negara kita dalam tempoh terdekat mesti merumuskan suatu sikap yang penting ke atas penternakan babi tanpa memperhitung kepentingan politik dan maslahat ekonomi kapitalis yang terlibat dengan perternakan babi di negara kita.

Membunuh khinzir bukanlah bererti ia dilakukan di atas dorongan kebencian ke atas pihak tertentu, sebaliknya ia dibuat untuk mengatasi masalah pencemaran air, udara, tanah dan alam sekitar seluruhnya. Apatah lagi mutakhir ini, babi dengan selesemanya berpotensi besar mengancam manusia dan kemanusiaan.

Mungkin kita tak perlu menunggu insan yang dijanjikan itu tiba terlebih dahulu untuk turun melenyapkan haiwan berkenaan. Kita boleh membentuk suatu suruhanjaya yang mengkaji ancaman selesema babi ke atas masyarakat kita sendri.

Sebenarnya, kita tak perlu bertanya-bilakah insan yang dimaksudkan akan turun melenyapkan haiwan berkenaan pada akhir zaman? Menurut lojik akal, insan tersebut bersendirian ketika membunuh babi-babi itu.

Pemimpin itu tentulah tiba secara berkumpulan. Watak-watak jernih akhir zaman sebagai yang dijanjikan ini mungkin hadir dalam bentuk organisasi tersusun seperti kekuasaan, kerajaan, negara atau pertubuhan NGO. Tapi, apa persediaan kita untuk menyambut watak-watak jernih akhir zaman yang bakal melenyapkan haiwan-haiwan tersebut?

Tentulah mereka terpaksa bertembung dengan kilang-kilang pemprosesan daging khinzir yang dimiliki kapitalis, penguasa negara tertentu. Ladang ternakan babi pula tentunya dilindungi oleh kekuasaan besar dan meluas pula. Jadi, sekali lagi, mustahillah watak akhir zaman yang dijanjikan itu akan berjuang bersendirian.

Pemimpin Islam dan negara Islam yang ‘berjuang’ mempertahan ladang ternakan babi perlu memikirkan semula, sama ada mereka itu benar-benar Islam mengikut acuan Nabi Muhammad s.a.w atau tidak?

Kalau orang bukan Islam yang mempertahan kilang pemprosesan dan ladang ternakan babi, hal itu tidak perlu dibahas lagi. Kita sudah sedia maklum akan hal tersebut.

Jika kita boleh membentuk rangkaian kerjasama untuk membasmi ladang-ladang khinzir yang bermasalah dalam negara, maka mungkin tiba masanya kelak, negara kita akan termasuk dalam rangkaian perjuangan watak-watak jernih akhir zaman yang bergabung untuk melenyapkan ladang khinzir sekali gus membunuh dajjal.

Categories: Ilmiah

Sistem Perwarisan Islam dan Kepentingan Mempelajarinya

July 6, 2009 2 comments

Susunan,
-Hakimah binti Zakuwan-
Graduan ke-13
11 Februari 2008

Sistem Perwarisan dalam Islam Secara Ringkas

Islam adalah agama syumul yang mencakupi semua aspek penting dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Sejak 1429 tahun yg lalu, Islam telah datang dengan undang-undang dan sistem-sistem yang sempurna untuk menerangi seluruh kegelapan dan membawa manusia ke jalan yang lurus lagi benar.

Salah satu sistem dalam Islam yg sangat sistematik dan sempurna adalah sistem perundangan Islam yang menerangkan tentang penentuan sebelum pembahagian harta setelah kematian seseorang muslim. Secara berperingkat-peringkat sistem pewarisan atau ilmu Faraid atau mirath ini diperkenalkan sebagaimana juga ketika larangan terhadap meminum minuman keras di lakukan.

Pada zaman permulaan Islam, orang-orang Islam di berikan hak sepenuhnya untuk menulis wasiat, dengan syarat wasiat tersebut hendaklah ditujukan kepada ibu-bapa dan sanak saudara. Namun kemudiannya Islam telah mengenakan syarat, wasiat hanyalah kepada bukan waris dan tidak melebihi satu pertiga daripada harta peninggalan.

Begitu juga Islam telah menghapuskan adat buruk masyarakat Arab Jahiliyyah iaitu melarang kaum wanita dan kanak-kanak dari mendapat pembahagian harta pusaka. Islam mengiktiraf hak wanita dan kanak-kanak dan meletakkan mereka di dalam golongan orang-orang yang berhak menerima harta pusaka. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nisa (ayat 7) yang bermaksud :

“Bagi lelaki ada bahagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya dan bagi wanita ada bahagian dari peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya,baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang ditetapkan”.

Sistem pewarisan Islam telah membawa beberapa pembaharuan dimana golongan wanita, kanak-kanak telah diiktiraf dan diberikan hak dalam pembahagian harta pusaka. Perakuan hak untuk mewarisi harta pusaka setiap waris dari kedua-dua susur galur lelaki dan wanita serta merangkumi semua lapisan waris tidak kira tua atau muda, besar atau kecil bahkan sehingga janin dan bayi dalam kandungan. Malah, status harta orang yang hilang yang tidak diketahui sama ada dia telah hidup atau mati juga ada dibincangkan di dalam ilmu ini.

Hak memperolehi bahagian harta pusaka ditentukan berasaskan:

1) Hubungan kerabat

2) Akad perkahwinan dan

3) Akidah yang sama.

Susunan institusi kekeluargaan di dalam Islam adalah berkait rapat dengan sistem pewarisan. Ini memandangkan masyarakat terbina di atas beberapa unit keluarga dan Islam amat menghargai peranan yang di mainkan oleh setiap ahli keluarga.

Lantaran itu hak untuk mewarisi diberikan kepada anggota keluarga yang terdekat dengan si mati dan mereka yang menuntut harta pusaka mestilah membuktikan bahawa mereka adalah layak dan sah mewarisi tanpa dihalang oleh sebarang faktor.

Sistem pewarisan Islam mengenakan peraturan yang ketat di dalam pembahagian pusaka di mana kadar minimum 2/3 dari harta pusaka adalah tertakluk kepada mekanisma faraid. Selebihnya adalah tertakluk kepada penyelesaian transaksi-transaksi lain seperti hutang, wasiat, hibah, wakaf dan sebagainya.

Pemilikan harta merupakan hubungan yang dikaitkan antara manusia dan harta, dengan pemilikan ini manusia mempunyai hak untuk melakukan sesuatu yang difikirkan perlu keatas harta tersebut. Sudah menjadi tabiat semulajadi manusia, mengumpul dan menambah harta kekayaan, manusia juga memerlukan harta selagi hayat masih dikandung badan.

Apabila manusia menemui ajal maka hak pemilikannya turut lenyap dan luput. Adalah menjadi satu keperluan untuk mendapatkan pemilik baru sebagai ganti bagi mengurus harta yang ditinggalkan dan memperolehi faedah-faedah daripada harta peninggalan tersebut.

Kepentingan Mempelajari Ilmu Faraid

Malangnya masih ramai umat Islam yang tidak dapat menguasai ilmu ini. Akibatnya harta yang sepatutnya menjadi punca kebahagian keluarga itu bertukar menjadi satu punca perbalahan dalam sesebuah keluarga. Pengurusan perwarisan dalam Islam sangat penting terutama dalam zaman moden ini dimana kita berhadapan dengan pelbagai cabaran baru.

Antara cabarannya ialah kecenderungan masyarakat kita yang mementingkan kebendaan. Apabila kebendaan dijadikan kayu ukur utama, krisis keluarga lebih mudah berlaku dan akibatnya bertambah parah dengan tiadanya kefahaman masyarakat kita tentang ilmu pembahagian harta pusaka. Tambahan pula ilmu ini disebut juga sebagai ilmu yang mula-mula diangkat. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Pelajarilah ilmu faraidh dan ajarkanlah kepada manusia, maka sesungguhnya akulah orang yang didalam genggaman Allah dan bahawa ilmu faraidh itu kelak akan digenggam dan akan nyata beberapa fitnah sehingga berselisih dua orang mengenai faraidh , maka kedua-duanya tidak memperolehi orang yang menghukumkan dan menyelesaikan perselisihan di antara keduanya.” (Ibnu Majah)

Hadith di atas nampaknya memperkatakan apa yang sedang berlaku pada masa ini kerana tidak ramai dikalangan ‘ulama kita yang mahir dalam bidang faraidh. Malah tidak banyak surau atau masjid yang membicarakan tentang ilmu faraidh sebaliknya kuliah-kuliah yang diadakan dikebanyakan masjid berputar disekitar rukun Islam yang lima. Rata-rata seseorang yang ingin mengetahui tentang ilmu faraidh terpaksa menunggu seminar atau bengkel yang jarang sekali di adakan. Ini adalah kerana untuk memahami ilmu faraidh, seseorang itu harus menggarap dengan baik ilmu usul dan ilmu hisab sekali gus.

Mungkin kurangnya kefahaman tentang ilmu faraidh membuat beberapa orang Islam memberikan komen yang negatif terhadap ilmu faraidh. Sebaliknya mereka yang faham tentang ilmu faraidh telah memberikan komen yang baik walaupun mereka terdiri daripada orientalis yang sentiasa mencari jalan untuk memperlecehkan hukum Islam. Sebagai contoh, seorang orientalis yang bernama Rumsey menyatakan;

“Pembahagian harta pusaka dalam Islam tidak syak lagi merupakan sistem perundangan harta yang paling baik dan canggih yang pernah diketahui oleh dunia bertamaddun.”

Sementara itu, seorang lagi orientalis, Professor N. J. Coulson yang pernah mengajar di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London menyatakan;

“Undang-undang pembahagian harta pusaka dalam Islam merupakan suatu pencapaian teknikal yang mantap dan sayugianyalah ilmuan Islam berasa bangga dalam ketepatan matematik dalam menentukan hak mana-mana waris, dalam keadaan apa sekalipun, boleh ditentukan.”

Kepentingan ilmu faraidh mendapat tempat di dalam Al-Quran; yang mana Al-Quran sendiri menerangkan dengan agak panjang lebar tentang pembahagian harta pusaka walaupun ianya bukan merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima.

Menurut seorang mufassir yang terkenal, Imam Ibnu Kathir, terdapat tiga ayat utama didalam Al-Quran yang menerangkan tentang pembahagian harta pusaka iaitu didalam surah An-Nisa ayat 11, 12 dan 176. Dalam ayat 11 Allah berfirman,

“Allah mensyari’atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh seperdua harta. Dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagianpembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfa’atnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(4:11)

Seterusnya dalam ayat 12 Al-Quran menyatakan,

“Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari’at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.” (4:12)

Kedua-dua ayat tersebut menerangkan dengan panjang lebar tentang bahagian-bahagian yang diperuntukkan kepada ibu, bapa, serta isteri atau suami. Ayat 12 juga menerangkan bahagian saudara kandung seibu, samada lelaki atau perempuan. Walaupun kedua-dua ayat tersebut agak jelas, namun kefahaman tentang ilmu faraidh itu bergantung daripada satu lagi sumber syariah : iaitu As-Sunnah atau dikenali juga dengan Al-Hadith. Berdasarkan kepada Al-Quran, Al-Hadith dan ijmak serta pandangan dan pendapat para sahabat (ijtihad), para ulama kita telah membuat beberapa rumusan bagi memudahkan orang awam untuk memahami ilmu yang sangat penting ini.

Nabi S.A.W memberi perangsang dan galakan kepada umat Islam agar mempelajari sistem perwarisan ini. Baginda S.A.W juga memberi amaran agar kita tidak mengabaikan ilmu ini. Baginda bersabda :

“Hendaklah kamu pelajari ilmu faraidh, maka sesungguhnya ilmu faraidh adalah suruhan dari agama kamu dan bahawasanya ilmu faraidh adalah seperdua daripada ilmu dan yang mula-mula dicabut dari umatku.”
(Riwayat Ahmad)

Ilmu ini disebut sebagai setengah daripada ilmu kerana manusia terbahagi kepada dua keadaan iaitu keadaan hidup dan keadaan mati. Seperti mana yang kita tahu keadaan hidup berkaitan dengan sembahyang, zakat dan sebagainya. Sementara keadaan mati berkaitan dengan pusaka, wasiat, warisan dan sebagainya.

Islam adalah kunci penyelesaian kepada segala masalah termasuk pertikaian mengenai harta peninggalan. Justeru, sebagai umat Islam, adalah menjadi tanggungjawab kita mempelajari dan mengajari ilmu pewarisan harta ini sebelum terlambat. Wallahua’lam.

Categories: Ilmiah