Home > Cerita > SEBUAH PERMULAAN

SEBUAH PERMULAAN

Ini kali pertama saya cuba-cuba menulis setelah sekian lama memerap idea di dalam kepala. Semasa di tingkatan 4 dahulu saya pernah menjadi penaip untuk sebuah majalah. Idea untuk menerbitkan majalah ini tercetus hasil perbincangan saya dan rakan-rakan mengenai remaja muslimah pada waktu itu. Ketika itu saya hanya menaip tulisan dan pendapat rakan-rakan karib saya yang seramai 5 orang. Antara isinya, kami mengupas isu fesyen muslimah, beberapa tips dan info berguna serta sebuah cerpen. Kami selitkan juga dengan sedikit kartun humor. Apabila selesai, kami mencetak majalah kecil yang bersaiz ½ A4 itu menggunakan modal duit poket sendiri. Kemudian majalah itu dijual secara senyap-senyap dengan harga RM 0.80 sebuah. Jualan tersebut amat laris dan di luar jangkaan. Rupa-rupanya ‘rakyat puteri’ di sekolah kami dahagakan sesuatu seperti itu. Dalam masa 3 hari sahaja, majalah tersebut laku dan ramai kawan-kawan meminta kami mencetaknya semula.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah. Seorang guru yang sedang melalui sebuah kelas ternampak seorang junior yang sedang asyik membaca majalah tersebut (membaca buku teks pun tidak seasyik begitu). Lalu, semenjak itu majalah yang kami namakan “MEMBER GURLZ” itu dirampas secara besar-besaran, kemudian kami dikecam dan dimarahi. Kami menjadi amat tertekan ketika itu. Kenapa? Apa salah kami? Kami tidak menyangka bahawa perbuatan kami menerbit, mencetak dan menjual majalah tersebut tanpa keizinan pihak sekolah adalah merupakan antara kesalahan besar yang hukumannya adalah dibuang sekolah!!! Ingatkan kesalahan kecik-kecik aja rupanya kesalahan kami amat serius. Akhirnya kami menemui (sebelum dipanggil oleh guru disiplin) ustazah penolong kanan dan menjelaskan hal sebenar kepadanya. Motif kami bukanlah untuk mengaut keuntungan atau menyebar fahaman yang menyeleweng, hanya sekadar melepaskan isi hati dan mencurah kreativiti.

“Kamu tak baca ke buku undang-undang sekolah?” Kami hanya mampu tunduk dan tersengih. Kononnya mahu menyebarkan dakwah, tapi tidak kena caranya. Kami anggap buku undang-undang tu tak penting pun, dan tidak pernah menyentuh apalagi mahu membacanya, sekadar menjadi penghias di rak buku. Akhirnya inilah akibatnya. Malunya kami. Nama kami sudah terkenal di bilik guru dan ada di antara mereka yang menyindir kami ketika mengajar.

“Kami tak tahu pun apa yang kami buat ni salah, ustazah. Dalam majalah kami tu tak ada pun isu-isu sensitif seperti isu politik ataupun berita tentang dunia artis. Mungkin namanya sahaja yang nampak rugged. Untuk tarik perhatian orang. Tapi kami bukan ahli kumpulan underground. Maafkan kami ustazah.” Rayu kami dengan bersungguh-sungguh.

Akhirnya ustazah tersebut me’lepas’kan kami dengan syarat kami tidak membuat masalah baru dan belajar dengan bersungguh-sungguh. Walaupun perkara tersebut telah selesai begitu sahaja, ianya masih membekas di jiwa saya. Saya jadi takut untuk bersuara selepas itu. Takut salah, kemudian dipandang serong. Prestasi pelajaran kami merudum seperti merudumnya WTC di New York City.

Langit tidak selalunya mendung. Semasa di tingkatan 5, seorang guru Bahasa Melayu, Cikgu Fisol telah berjaya ‘membersihkan’ semula nama kami dengan melantik kami sebagai sidang editor dalam buletin Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di sekolah. Saya amat berterima kasih pada beliau yang ‘menyedari’ kebolehan kami. Saya dilantik sebagai ketua editor buletin “DUNIA PBSM”. Hasil perahan idea, kerjasama dan sokongan rakan-rakan lain, buletin yang diterbitkan secara sah tersebut amat laris dan memberi pulangan yang boleh dibanggakan. Sejak itu kami seolah-olah mati hidup semula. Isi hati kami dapat dicurahkan di jalan yang betul. Kami dipuji oleh rakan-rakan dan guru. Aktiviti kami juga dicontohi oleh persatuan-persatuan lain. Ramai pula yang ikut menerbit majalah ringan untuk tatapan ahli mereka. Nama kami harum semula. Semangat kami untuk menulis membangkit kembali.

Itulah antara secebis kenangan panis (pahit+manis) ketika saya di bangku persekolahan. Pengalaman banyak mengajar kita erti kematangan. Saya membesar dengan kenangan tersebut. Sehingga kini setelah saya di alam universiti, peristiwa tersebut masih tergambar-gambar di minda saya. Manusia memang tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan. Dari kesalahan, terbitnya suatu kesedaran. Dari kesalahan, terbitnya suatu motivasi. Dari kesalahan, manusia mengenal diri. Dari kesalahan, manusia menyedari dirinya hanyalah seorang hamba yang kerdil di sisi ILAHI.

Categories: Cerita
  1. fahmye
    June 20, 2009 at 4:58 pm

    Assalamualaikum Zaujati, teruskan menulis untuk manfaat kita bersama dan orang-orang lain juga.

    • haqeema
      November 1, 2009 at 11:01 pm

      Wa’alaikumsalam habibi..Thanks for supporting me..I Love you because of Allah..😀

  2. June 22, 2009 at 8:34 pm

    Salam

    tak tahu pulak cik kak ada berblog. MasyaAllah. Diam-diam ubi berisi. Moga istiqamah.

    • haqeema
      November 1, 2009 at 10:51 pm

      terima kasih..k.madihah juga.sama2 kita menulis dgn niat yg betul.😀

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: