ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.
Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web Millatfacebook, awal minggu ini.
Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.
“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.
“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.
“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.
Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.
Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.
Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.
Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP
Sifat-sifat kurang bijak sebilangan pelajar-pelajar Azhar. Sudah lama saya perhatikan, sudah macam-macam saya dengar, sudah muak saya membaca, kini saya ingin luahkan semua. Biar didedahkan. Sebahagian inilah yang mencemarkan nama baik pelajar Azhar. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Biar kena ketuk sikit, kalau kena hempuk sekalipun, bagus juga. Agar terngadah. Jangan ada yang melenting, jika anda tidak memakan cili, sudah pasti anda tidak akan berasa panas, kan? Baiklah, anda mahu tahu apa yang sebahagian dari mereka ini lakukan?
Sebilangan mereka ini malas sekali ke kuliah, dalam satu semester hanya sekali ke kuliah, itu pun semata-mata mahu mengambil muqorror (silibus), apatah lagi menjenguk ke majlis-majlis tafaqquh fiddin. Pelajar-pelajar malas ini kebanyakannya tidak diterima oleh mana-mana universiti di Malaysia. Jadi mereka pun merempat di Universiti Al-Azhar. Al-Azhar yang sangat bertolak ansur memberi mereka banyak peluang. Namun mereka tidak menggunakannya. Malah mencemarinya. Mereka terus membiarkan diri mereka menjadi sampah di Al-Azhar. Golongan ini sangat merbahaya. Bertahun-tahun menetap di Mesir, apabila pulang ke Malaysia, mereka menjadi ustaz dan ustazah ‘celup’ yang tidak bermanfaat kepada masyarakat, kerana? Mereka belajar dengan malas. Mereka mengabaikan tugas dan tanggungjawab mereka semasa di Mesir. Mereka berselindung di sebalik Hadis Nabi S.A.W dan ayat-ayat suci Al-Quran. Astaghfirullah.
Sudahlah malas ke kuliah, kitab-kitab kuliah pula jarang juga dibuka. Jauh sekali membelek kitab-kitab luar serta sesekali menyelak akhbar tempatan. Ketinggalan zaman. Buta segalanya. Mereka sibuk menganyam ketupat berdaun kurma -”si A itu hutang sana sini, si B dan si C tu pula pakaiannya masha-Allah, terang betullah.” Begitulah. Apabila imtihan semakin mendekat, kitab-kitab yang sudah berdebu di rak-rak mereka itu pun dibersihkan semula. Lunyai. Namun hanya di fasa imtihan sahaja. Keranamu imtihan.
Mungkin mereka sudah terkena virus yang sedang melanda sebahagian besar pelajar-pelajar Azhar ketika ini. ‘Azharian’s culture shock’ sangat unik dan kelakar. Mereka berusaha men’sanad’kan filem-filem dan drama-drama terbaru, tidak kira samada dari barat atau timur malah selatan sekalipun, semuanya diharung. Rehat minda katanya. Sesekali tidak salah, namun janganlah sampai perkara-perkara lain tergendala. Mengapakah celik dilayar berkotak, kemudian pejam di taman-taman syurga?
Sebahagian yang lain sangat cemerlang akademiknya, namun dari sudut yang lain, sebaliknya. Mereka tidak mempraktikkan apa yang dipelajari. Mereka mengamalkan kehidupan bebas tanpa batasan. Lelaki dan perempuan boleh bercampur tanpa sebab-sebab relevan. Bergaul mesra. Di mana jua, mereka tidak peduli. Ada yang sampai ke tahap keluar dan makan berdua-duaan. Biasa bagi orang biasa. Sangat janggal dan tidak patut sekali bagi penuntut aliran agama.
Sebahagian mereka sangat baik luarannya. Batinnya wallahu-a’lam. Mereka cuba menunaikan tanggungjawab mulia sebagai seorang pendakwah. Apabila berjaya menangkap pesalah, pesalah itu dihentam habis-habisan. Si pesalah tidak diberi peluang membela dirinya. Dalam pertemuan itu, si pesalah di kelilingi ramai ‘polis’. Walhal hanya seorang dua ‘polis’ sahaja yang berkaitan. Namun ‘polis-polis’ lain dipanggil untuk lebih memalukan si pesalah. Akhirnya pesalah itu merasa maruahnya tercabar, akhirnya dia berdendam dengan ‘polis-polis’ yang dianggap palsu itu. Mengapa? Hanya kerana dakwah bi la uslub yang mereka gunakan. Sedangkan niat mereka mulia sekali. Amr ma’ruf nahi munkar. Itu semua orang tahu. Jika tidak menghentam sekalipun, mereka cuba menegur atau menasihat dengan kata-kata yang lebih sesuai diistilahkan sebagai ‘menghina’ atau ‘mengejek’.
Sesetengah pelajar ini tidak suka bergaul dengan orang yang berlainan fikrah dengan mereka. Mereka hanya berkawan dengan orang yang baik-baik sahaja. Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah ke Universiti, mereka hanya bergaul dengan orang yang sefikrah dengan mereka. Golongan yang memerlukan teman penunjuk seperti mereka, dibiarkan. Golongan yang tersasar itu semakin tersesat, kasihan. Tiada pembimbing, kalau ada pun hanya tahu menghentam secara membabi buta, sebahagian sahaja, bukan semua.
Anda tergolong dalam golongan ini? Na’uzubillah. Jika ada, marilah kita sama-sama buang perangai busuk ini. Marilah kita masuk ke dalam satu golongan lagi yang bukan tergolong dalam golongan ini. Hapuskan golongan ini! Semoga apa yang tertulis ini dapat membuka mata anda, jika anda seorang pelajar Universiti Al-Azhar seperti saya. Di saat anda melangkahkan kaki ke gerbang pintu universiti ini, anda menanggung tanggungjawab yang amat besar. Andalah harapan masyarakat di negara kita yang tercinta – Malaysia. Tepuk dada, tanya iman.
Hati saya tersentap dan terluka apabila membaca berita ini. Apabila seorang artis, Michael Jackson meninggal dunia, seluruh media membuat liputan meluas mengenainya termasuk Malaysia dan negara-negara Arab, namun apabila seorang wanita Islam Mesir telah mati ditikam sebanyak 18 kali sampai mati di dalam mahkamah di Dresden, Jerman,- media2 barat malah semua media termasuk Malaysia seolah-olah hanya mendiamkan diri. Mengapa ini berlaku?
Kisahnya bermula begini, pada Ogos 2008, ketika Dr Marwa al-Sherbini,32, seorang warga Mesir yang bekerja sebagai pharmacist di Jerman sedang berjalan di sebuah taman, jirannya Alex W, 28, seorang imigran Rusia yang sedang menganggur di Jerman telah menggelarnya sebagai seorang terrorist hanya kerana melihatnya berhijab. Lalu Dr Marwa telah mengambil tindakan untuk menfailkan saman terhadap Alex. Dr Marwa mungkin melakukannya untuk mengelakkan lebih ramai lagi wanita Islam yang berhijab sewenang-wenangnya dituduh sebagai terrorist.
Maka pada 1 Julai lalu, setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan bahawa Alex bersalah dan diarahkan membayar denda sebanyak 2800 Euro.
Namun kejadian yang tidak berperikemanusiaan telah berlaku apabila Alex terus menerkam ke arah wanita tersebut dan menikamnya bertubi-tubi sebanyak 18 kali sehingga wanita tersebut mati dihadapan anak lelakinya yang berusia 3 tahun setengah! Lebih menyedihkan, Dr Marwa sedang mengandung 4 bulan!! Kejam bukan? Manusia jenis apakah si Alex ini??
Suami Dr Marwa, Elwi Ali Okaz, -seorang ahli akademik warga Mesir yang bakal menyelesaikan phDnya pada bulan ini- yang melihat kejadian tersebut terus menerkam ke arah Alex demi menyelamatkan isterinya dan kemudian -lebih tragis- beliau ditikam pula sebanyak 3 kali!! Tidak cukup dengan itu, polis yang berada di situ turut menembak suaminya sebanyak 2 kali!!
LOGIKKAH??
Sekarang mari kita berfikir menggunakan akal yang waras;
1)Bagaimanakah kejadian ini boleh berlaku di dalam mahkamah? Di negara maju yang moden pula?
2)Mengapakah Alex allowed untuk membawa pisau yang boleh diklasifikasikan sebagai senjata merbahaya ke dalam mahkamah? Takkan lah dia nak kupas buah sambil mendengar keputusan hakim?
3)Mengapakah orang yang berada di dalam mahkamah tersebut tidak melakukan sebarang perbuatan yang pantas dan bijak? Apa yg polis dalam tu buat? Ditembaknya pula suami Dr Marwa yg tidak bersalah!! Kini Suaminya berada dalam keadaan kritikal.
Alasan mereka – polis yang menembak suami Dr Marwa menyangka beliau adalah penyerang kerana melihat lelaki tersebut tidak berambut perang dan bukan seperti orang Jerman.
Hujah kita – kenapa bodoh sangat polis tu, bukankah sepatutnya dia menembak orang yang sedang memegang pisau dan sedang bertubi-tubi menikam Dr Marwa? Macam mana polis seperti ini boleh menjadi polis di Jerman?
4)Mengapakah media barat hanya berdiam diri dan membiarkan kes ini berlalu begitu sahaja? Negara barat telah melakukan pelbagai kezaliman kepada orang Islam. Dan di akhirnya mereka mengatakan ‘ohh~ muslims is the terrorists!!’ Di manakah BBC, CNN, SkyNews, dan FoxNews yang sebelum ini cukup pantas menyebarkan berita?
Dimanakah keadilannya? Mereka mengganggap kes ini sudah selesai dengan alasan Alex mengidap ‘mentality ill’. Mereka sebenarnya menyembunyikan kebenaran. Mengapa?
Alasan mereka – mereka melakukannya supaya tidak dipandang serong untuk mengelakkan daripada berlaku pelbagai kemerosotan terhadap sektor ekonomi, politik, sosial atau pelancongan di negara-negara Eropah khususnya Jerman.
Hujah kita – sedangkan di negara mereka apabila haiwan telah dibunuh, mereka berusaha menuntut keadilan terhadap haiwan tersebut. Namun, apabila seorang wanita Islam dibunuh DI DALAM MAHKAMAH di negara Eropah, mereka seolah-olah memandang dengan sebelah mata. Mereka tak sedar, bangkai gajah akan tetap membusuk dan dapat dilihat orang walaupun telah ditutup!!
-malah, selepas Marwa dibunuh, polis Jerman menyelongkar rumahnya untuk mencari bukti bahawa beliau adalah terrorist!!
-cuba, jika seorang wanita Yahudi atau Kristian dibunuh sepertimana wanita Islam ini dibunuh?? atau orang yang dibunuh tersebut adalah adik atau kakak mereka?? Apakah yang akan mereka lakukan!!!
5)Spokesman di Dresden prosecutor’s office pula menyifatkan Alex hanya ‘TERbertindak melebihi had’ dan setelah menyiasat mereka mengatakan Alex ‘tidak sengaja membunuh wanita tersebut’.
-Bagaimana boleh dikatakan Alex tidak sengaja membunuh sedangkan dia awal-awal lagi dah bawa pisau? kalau dia tumbuk atau tampar kemudian tiba2 Dr Marwa mati, barulah logik kalau nak disifatkan sebagai ‘pembunuhan yang tidak sengaja’
6)Adakah Dr Marwa benar-benar dibunuh kerana hijabnya? Mengapa masyarakat barat terlalu membenci hijab? Bukankah mereka mengamalkan kebebasan agama? Saya merasakan Dr Marwa tidak hanya dibunuh kerana hijabnya, malah dia dibunuh kerana DIA SEORANG MUSLIMAH! kerana MENGANUT AGAMA ISLAM!! Untuk pengetahuan anda, sebenarnya Alex adalah seorang Yahudi!!
Wallahua’alam. Dunia Islam menangisi peristiwa yang menimpa Dr Marwa al-Shebrini. Al-Fatihah buat beliau. Mari doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga perkara ini membuka mata dan mengetuk minda kita ke atas apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam masa kini. Semoga pembunuh Dr Marwa dijatuhkan hukuman yang seberat-beratnya agar menjadi pengajaran, kalau tidak di dunia, biar jasadnya dibakar di dalam api neraka kelak!! Kejamnya si kafir laknatullah ini!! Apakah pula tindakan kita?? Bagaimana dengan saudara-saudara Islam kita di Palestin, Afghanistan, Thailand, dan baru-baru ini di China? Adakah kita hanya sekadar melihat dan kemudian menerimanya dengan penuh ‘tabah’???
Recent Comments