Home > Artikel Pilihan, Ilmiah > Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak (Untuk Orang Dewasa Pun Boleh)

Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak (Untuk Orang Dewasa Pun Boleh)

Petikan dari pengalaman seorang ibu yang mempunyai anak yang telah selesai menghafaz 30 surah terakhir dalam Al-Quran semasa umurnya 3 tahun.

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara:

1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 – DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam ‘Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa ‘Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran; ‘Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)

5) Madu Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda Sabda Rasulullah s.a.w. “Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w “As Sam itu adalah mati..”

7) Buah Tin Allah berfirman “Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman..” Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1). Sabda Rasulullah s.a.w. Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata ‘inilah buahnya’. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi” Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti.

8 ) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini. Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. “gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati’ Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah”

9) Air Surah Taha Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 – 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.

Lihat urat2 pada kacang badam.. ia mirip kepada rupa urat-urat otak kita. Saya pernah terbaca (lupa dimana), Ini adalah kejadian Allah untuk memberitahu kita kegunaannya pada manusia.

Badam, Kismis, Kurma dan Buah Tin di blender halus. Tips : Habbatus Sauda dan Buah Tin di masukkan sedikit sahaja kerana jika terbanyak, ia akan menyebabkan ‘funny taste’…tak sedap. Sukatannya, agak-agak saje. Boleh buat ikut suka tangan kita..

Emm.. My favourite! Ni suapan yang ketiga ni! Bila dah siap, boleh makan terus, amalkan 2-3 sudu sehari.

Kanak-kanak belum banyak gigi pun dah boleh amalkan. Dalam bekas diatas, saya telah masukkan 3 kapsul minyak ikan berkepekatan tinggi. Darwish dan Wisya memang suka memakannya. Rasanya penuh dengan lemak kacang badam dan manisnya madu lebah. Cara mudah untuk memberi makanan sunnah yang banyak kebaikkannya pada otak beserta dengan minyak ikan!

Categories: Artikel Pilihan, Ilmiah
  1. nad
    June 21, 2010 at 9:58 am

    menariknye..boleh x tunjuk secara dekat mcm mana rupa lepas dah blend sume skali? tq!!

  2. nad
    June 21, 2010 at 9:59 am

    oh la blog kimah kee ..ahaha

  3. haqeema
    June 26, 2010 at 2:23 pm

    hehehe..k.nad..malu i..i amek dr blog kak tu..k.nad cuba buka tgok..ada link kt bwh tajuk tu..x tau la rupa dia cmna..tak buat lg..rsnya lebih kurg dodol kot..

  4. Eza
    February 4, 2011 at 7:56 pm

    Assalamualaikum, saya mohon berkongsi maklumat ini bersama untuk kebaikan bersama. Terima kasih.

  5. VEDA
    March 29, 2011 at 10:15 am

    assalamualaikum macam mana nak buat susu badam? makan diatas tadi nak makan cam na nak dibansuh @ makn begitu sahaja

  6. haqeema
    April 1, 2011 at 1:08 pm

    Terpulang pada citarasa masing-masing. Kalau ikut cara di atas, kesemua bahan dicampurkan dan dimakan begitu sahaja.

  7. fazida
    June 14, 2011 at 11:26 am

    kat mana nak beli Habbatus Sauda

  8. haqeema
    June 14, 2011 at 1:22 pm

    boleh cari di kedai yang menjual makanan herba atau beli online.. cuba search di google. banyak laman web yg menjual habbatussauda secara online..

  9. October 9, 2012 at 5:42 am

    layak dicoba resepnya… top

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: