Download Buku Iqra’
Assalamu’alaikum.
Posting kali ini ringan-ringan sahaja.
Sebenarnya bermula hari ini, sebagai mengisi masa cuti saya, saya ‘ditugaskan’ mengajar 5 orang anak kepada seorang ibu yang sedang mencari pusat pendidikan yang bersesuaian dengan anak-anaknya. Tersenyum saya memikirkan keletah anak-anak mereka. Saya akan ceritakan jika ada masa lapang nanti.
Saya masih ingat ketika kecil-kecil dulu saya diajar membaca al-Quran dengan menggunakan buku Iqra’. Saya percaya kaedah dan sistem yang digunakan buku ini, akan membuatkan kita lebih mudah membaca Al-Quran kerana ramai yang telah menyatakan keberkesanannya. Termasuk apa yang dialami oleh saya sendiri.
Jadi saya pun terfikir-fikir dan tercari-cari buku ini. Mana nak ada di Mesir ni? Mungkin juga kaedah yang digunakan oleh orang Mesir tidak sama dengan Malaysia. Saya pun tak tahu dan tak sempat pulak nak mengkaji.
Cari punya cari, akhirnya saya terjumpa satu link untuk download buku Iqra 6 set ini yang dikeluarkan oleh JPN Perak. Klik di sini.
Semoga dapat menjadi panduan berguna untuk mereka yang bekerja di luar negara dan sedang tercari-cari sumber bagaimana untuk mengajar anak-anak mereka membaca Al-Quran.
Wallahua’lam





Salam Mama Kym,
TAHNIAH!!
bestnya dia…semoga teruskan usaha yg baik ni..nanti ceritakanlah pengalamannya kat kami ya…~
mekaseh banyak2
asyierra: aiks.. i tak jadi mama lg la.. hehe.. k.. doakan tau..
iezz: sama-sama. semoga bermanfaat
terima kaseh banyak2 atas link download nie…
Jazakillah khair atas link download…
alhamdulillah..sila..sila..jemputlah ambil..
sangat baik
Assalamu alaikum,
Saya boleh tak Haqeema tolong emailkan saya buku iqra tu? Sbb anak-anak buah saya di tinggal di Serbia dan mereka nak belajar Iqra. Tapi takde buku tu kat sana. Saya dah click pada link yg dinyatakan tapi tak berhasil kerana webpagenya error
saya dah send ke email anda. Moga bermanfaat.
Salam Haqeema, saya tinggal di United States skrg, palannya nak mengajar iqra’ di sini, tapi tak de bukunya. Link tu tak dapatlah,..
Boleh minta Haqeema emailkan pada saya? Terima kasih,..
assalamualaikum..
sy mmg tengah mencari buku iqra untuk sy sendiri dan anak2. sy dh download, dh dpt bleh ke sy print n blajar dr situ je? x salah ker? (x kira cam cetak rompak ker?)atau lebih elok saya beli kat pasaran je? (nk kena mencari lagi)..
bukan apa..takut berdosa atau ilmu x berkat..bleh jelaskan?
klu nk belajar bahasa arab pula,ada x apa2 buku yg bleh dibuat panduan atau rujukan?
Assalam’kum-
Terima kaseh link download Buku IQRA.
ummuumar: saya dah send ke email anda. Moga bermanfaat.
Glam: Keadaan di luar negara menyukarkan kita untuk membeli buku-buku yang berguna ini. Sedangkan anak-anak kita memerlukannya. Pada pandangan saya, tidak salah jika kita memanfaatkan teknologi yang ada di samping mendoakan semoga Allah mengurniakan pahala yang berlipat kali ganda kepada pengarang dan penerbit buku ini. (Seeloknya anda beli kalau dah jumpa) Wallahua’lam.
Nak cari buku untuk belajar bahasa arab saya tak tahu sangat, tapi boleh belajar dari laman web http://www.bahasasyurga.com atau lain-lain. Untuk kanak-kanak (dewasa pun boleh) kita boleh dengarkan mereka siri kartun dora atau spongebob yang berkomunikasi dalam bahasa arab fushah. Wallahua’lam.
assalamualaikum,boleh tak haqeema berikan link untuk download buku iqra tersebut.
http://www.freedrive.com/file/833230,buku-iqrak-maya
salam…tq sbab kongsi link download ni..pi mai pi mai jumpa exmaahadian jugak..
ws..terima kasih kembali..alhamdulillah..exmaahadian ada di mana-mana. =)
teteh itu kok ada passwordnya y?
tq saudari coz syer link tu,,, semoga Allah membalas budi baik anda
excuse me, saje nak tanya password sbb file nie tanya password??
file ni disediakan dalam bentuk microsoft office power point presentation, kita boleh mendownloadnya dan terus membuka dan membaca tanpa perlu password, tetapi kalau anda nak buka dan edit sendiri file ini, ada password yang diletakkan oleh creator file ni, walaubagaimana pun anda boleh pelajari cara nak crack password file power point ini di google, saya pernah buat tapi dah lupa apa passwordnya.. selamat mencuba dan semoga berjaya..
syukran ukti ..alhmdulilah dapatlah ana mengajar shbt ana
Minta tolong dikirimin lewat email karena error terus kalo di donload, bisa gak
Assalamualaikum,
Bagi memudahkan mengajar anak2 dengan menggunakan ipad, galaxy tabs, iphone dan seumpamanya buku Iqra versi pdf boleh di download disini: http://buku-iqra-pdf.blogspot.com/
ALFU SYUKRAN buat Abu Mu’adz..